Dimensi modal sosial komuniti orang asal di kawasan Gunung Pueh, Lundu, Sarawak, Malaysia

Modal sosial merupakan satu hubungan yang kompleks antara individu atau kumpulan manusia. Ia merupakan satu konsep yang penting bagi membangunkan komuniti yang mapan dan terhubung. Modal sosial mempunyai tiga dimensi iaitu modal sosial ikatan, menjambatani dan perhubungan. Kajian mengenai pengukuran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasan, Muhammad Luqman
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98247/1/FPAS%202020%2015%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modal sosial merupakan satu hubungan yang kompleks antara individu atau kumpulan manusia. Ia merupakan satu konsep yang penting bagi membangunkan komuniti yang mapan dan terhubung. Modal sosial mempunyai tiga dimensi iaitu modal sosial ikatan, menjambatani dan perhubungan. Kajian mengenai pengukuran modal sosial masih kurang dilakukan di Malaysia, malah, kajian mengenai dimensi modal sosial di kawasan Sabah dan Sarawak masih lagi terhad. Kajian ini menfokuskan untuk mengkaji dimensi modal sosial keseluruhan komuniti orang asal di kawasan Gunung Pueh. Selain itu, kajian ini juga untuk mengalpasti perbezaan dimensi modal sosial disetiap komuniti di kawasan Gunung Pueh dan mengkaji faktor yang mempengaruhi modal sosial di kawasan tersebut. Kajian yang dilakukan oleh sarjana terdahulu mendapati perbezaan latar (etnik, agama, status pekerjaan dan pendapatan), kadar jenayah, kepercayaan dan hubungan kekeluargaan dan persahabatan mempengaruhi modal sosial komuniti yang kini dilihat makin membimbangkan di Lundu, Sarawak. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik yang diedarkan sendiri telah dilakukan dengan 390 responden berjaya diperoleh di tiga buah komuniti orang asal di Gunung Pueh iaitu Komuniti Kampung Biawak, Komuniti Kampung Pueh dan Komuniti Kampung Sebako. Analisis deskriptif kajian ini menunjukkan komuniti orang asal di kawasan Gunung Pueh mempunyai modal sosial yang kuat. Komuniti Kampung Sebako mencatatkan modal sosial yang kuat diikuti Komuniti Kampung Pueh dan Komuniti Kampung Biawak. Selain itu, Hasil analisis varians (ANOVA) sehala menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan diantara komuniti orang asal diantara komuniti orang asal di Gunung Pueh dan modal sosial ikatan [F (2,387) = 26.53, p = 0.00] serta modal sosial perhubungan [F (2,387) = 33.29, p = 0.00]. Manakala modal sosial menjambatani tidak menunjukkan sebarang perbezaan statistik yang signifikan [F (2,387) = 0.67, p = 0.513]. Hasil analisis regresi pelbagai dalam kajian ini menunjukkan faktor yang mempengaruhi modal sosial keseluruhan komuniti orang asal di Gunung Pueh adalah kumpulan etnik Melayu, kumpulan umur 26-33, pendapatan tidak tetap dan pesara.