Pengaruh fikrah penerbit dan institusi media terhadap kualiti penerbitan rancangan berunsur Islam di stesen televisyen

Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap rancangan televisyen (TV) berunsur Islam kerana terdapat kritikan berkenaan kualiti rancangan yang rendah, malah pernah diulas isu ini oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 dalam ucapan beliau. Walaupun begitu, masih juga terdapat rancangan TV Islam yang tida...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Johori, Md. Rozalafri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98274/1/FBMK%202020%2052%20-IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai kajian telah dilakukan terhadap rancangan televisyen (TV) berunsur Islam kerana terdapat kritikan berkenaan kualiti rancangan yang rendah, malah pernah diulas isu ini oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6 dalam ucapan beliau. Walaupun begitu, masih juga terdapat rancangan TV Islam yang tidak berkualiti disiarkan sehingga kini, ia seperti tiada tindakan yang dilakukan oleh penerbit dan institusi penyiaran TV untuk menanganinya. Oleh itu, kajian kualitatif fenomenologi ini menggunakan rekabentuk temubual secara mendalam dengan informan yang terdiri penerbit, pengurusan stesen TV dan personaliti agama yang dipilih dengan teknik persempelan bertujuan dan teknik bola salji untuk mendapatkan jawapan. Rekabentuk ini ditriangulasikan dengan rekabentuk perbincangan meja bulat dengan informan dalam kalangan mengamal media yang dipilih secara persempelan bertujuan. Ini bagi mencapai objektif kajian iaitu, (1) untuk mengetahui pengaruh fikrah penerbit terhadap kualiti rancangan TV Islam yang diterbitkan, (2) untuk mengenalpasti pengaruh institusi media terhadap penerbitan rancangan TV Islam dan (3) untuk menganalisis konsep kualiti pada perspektif penerbitan rancangan TV Islam. Hasil kajian daripada objektif pertama mendapati bahawa faktor fikrah penerbit sangat mempengaruhi kualiti rancangan TV Islam yang mana terdiri daripada tiga kategori iaitu Tauhid, Syariah dan Akhlak yang merangkumi sepuluh tema. Hasil kajian daripada objektif kedua mendapati bahawa faktor-faktor ekonomi politik institusi stesen TV turut sangat mempengaruhi kualiti penerbitan rancangan TV Islam yang mana terdiri daripada tiga kategori iaitu Komodifikasi, Spatialisasi dan Strukturisasi yang merangkumi 12 tema. Hasil kajian terakhir berdasarkan objektif kajian ketiga pula dapat difahami bahawa konsep kualiti daripada perspektif penerbitan rancangan TV Islam melibatkan empat tema iaitu Al- Quran dan sunah sebagai asas kualiti, kandungan rancangan yang mantap (kualiti fungsi), personaliti TV Islam yang berkarisma (kualiti reputasi) dan olahan kreatif teknikal persembahan (kualiti teknikal). Kesimpulan daripada kajian didapati bahawa asas Islam dan fikrah penerbit sangat mempengaruhi kualiti kandungan dan kreativiti yang patuh syariah. Namun, pengaruh-pengaruh ekonomi politik institusi secara keseluruhannya turut mempengaruhi dalam menjayakan penerbitan rancangan TV Islam yang berkualiti. Oleh itu, untuk kajian yang akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian menilai perspektif ekonomi politik institusi media rancangan TV Islam dalam pasaran masyarakat menerusi platform media baru kerana mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dengan jangkauan penontonan yang luas.