Manifestasi riadah dalam naskhah epik dan historiografi melayu terpilih

Golongan raja dan pembesar menjalankan riadah sebagai sebahagian daripada cara mengekalkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Namun demikian, perbincangan tentang riadah yang terdapat dalam karya Melayu tradisional masih kurang menjadi topik perbincangan oleh pengkajipengkaji terdahulu. P...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Jasni, Khairul Zainie
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98368/1/FBMK%202020%2055%20-%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Golongan raja dan pembesar menjalankan riadah sebagai sebahagian daripada cara mengekalkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Namun demikian, perbincangan tentang riadah yang terdapat dalam karya Melayu tradisional masih kurang menjadi topik perbincangan oleh pengkajipengkaji terdahulu. Peranan riadah merangkumi pembentukan sahsiah dan keperibadian raja-raja dalam hubungannya dengan pemerintahan negara. Justeru, bahan yang akan digunakan ialah naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih akan digunakan untuk meneliti manifestasi riadah. Naskhah yang digunakan ialah Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja Pasai, Misa Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa. Objektif kajian ini ialah mengkategorikan manifestasi riadah dalam naskhah, seterusnya menganalisis manifestasi riadah yang dilaksanakan oleh raja-raja dalam naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih dan merumuskan peranan riadah raja-raja dalam naskhah epik dan historiografi Melayu terpilih. Kaedah kajian yang akan digunakan ialah kaedah kepustakaan dan akan bersandarkan kepada pendekatan gabungan oleh pengkaji-pengkaji yang membincangkan tentang riadah. Dapatan kajian akan membincangkan empat kategori riadah iaitu riadah jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan kepada pendekatan gabungan yang diperkenalkan. Manakala dapatan bagi objektif ketiga akan merumuskan peranan riadah terhadap aspek pemerintahan, ekonomi dan sosial. Kesimpulannya, manifestasi riadah yang dijalankan oleh raja-raja Melayu dalam naskhah mampu memberikan satu dapatan baharu dalam kepustakaan Melayu dan seterusnya mengetengahkan kegemilangan kerajaan Melayu.