Pelaksanaan amalan unsur-unsur islam dalam pengurusan dalam kalangan pengetua cemerlang sekolah menengah di Negeri Sembilan, Malaysia

Pengurusan organisasi yang sempurna dan berkesan dapat membawa kepada pencapaian matlamat serta mampu menangani pelbagai cabaran dan masalah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami pelaksanaan amalan unsur-unsur Islam dalam pengurusan oleh Pengetua Cemerlang di sekolah menengah Negeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salim, Siti Sumaiyya
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98387/1/FPP%202021%207%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan organisasi yang sempurna dan berkesan dapat membawa kepada pencapaian matlamat serta mampu menangani pelbagai cabaran dan masalah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami pelaksanaan amalan unsur-unsur Islam dalam pengurusan oleh Pengetua Cemerlang di sekolah menengah Negeri Sembilan berdasarkan tiga persoalan kajian, iaitu: Apakah kefahaman Pengetua Cemerlang tentang amalan unsur-unsur Islam dalam pengurusan sekolah? Bagaimana Pengetua Cemerlang melaksanakan amalan unsur-unsur Islam dalam pengurusan sekolah? Bagaimana pelaksanaan amalan unsur-unsur Islam dapat menyumbang kepada keberkesanan pengurusan sekolah. Kajian ini menggunakan beberapa teori dan model pengurusan dari perspektif Islam. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian pelbagai kes (multicases) dengan melibatkan lapan orang Pengetua Cemerlang sebagai peserta kajian. Teknik persampelan bertujuan digunakan beserta beberapa kriteria tertentu dalam pemilihan sampel kajian ini. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini merangkumi temu bual semi berstruktur secara mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Ketigatiga teknik tersebut ditriangulasikan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kajian. Pengkaji menggunakan perisian Nvivo 10.0 untuk menguruskan data serta memudahkan pengkaji menganalisis data secara manual. Kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman pengetua cemerlang tentang amalan unsur-unsur Islam dalam pengurusan sekolah meliputi beberapa elemen utama iaitu konsep tawhidik, budaya Itqan dan nilai ihsan. Ketiga-tiga elemen ini diterapkan dalam pengurusan harian mereka. Dapatan kajian bersangkutan dengan cara pengetua cemerlang mengamalkan unsur-unsur Islam dalam pengurusan sekolah meliputi beberapa elemen yang berjaya membentuk hubungan baik antara ketua dan subordinat iaitu elemen etika, professional dan muafakat. Kesemuanya ini merupakan amalan Rasulullah SAW dalam pengurusannya. Akhir sekali, hasil sumbangan pengetua cemerlang yang mengamalkan unsur-unsur Islam dalam pengurusan dapat dilihat daripada pembentukan sebuah pengurusan yang cemerlang, kemenjadian warga organisasi dan kewujudan imej dan iklim diini di sekolah pimpinan mereka. Sumbangan-sumbangan ini secara tidak langsung merupakan usaha murni Pengetua Cemerlang dalam membentuk organisasi sekolah sebagai tempat pelajar, guru dan pekerja membentuk jati diri yang mulia berlandaskan syariat Islam. Kesimpulannya, amalan unsur-unsur Islam yang bersifat holistik dan berasaskan nilai tawhidik dalam pengurusan sekolah merupakan amalan terbaik untuk mencapai matlamat pendidikan negara di samping mendapat keredhaan Allah.