Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia

Literasi undang-undang pengguna bermaksud pengguna menyedari, mengetahui dan memahami tentang maklumat berkaitan undang-undang. Literasi ini merangkumi undang-undang tentang isu keselamatan pengguna, label ataupun logo, pembekalan barangan dan perkhidmatan, tanggungjawab pengguna dan mekanisma tebus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samsudin, Norhafifah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98433/1/FEM%202021%206%20UPMIR.pdf
Tags: Add Tag
id my-upm-ir.98433
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.984332022-09-05T03:09:29Z Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia 2021-01 Samsudin, Norhafifah Literasi undang-undang pengguna bermaksud pengguna menyedari, mengetahui dan memahami tentang maklumat berkaitan undang-undang. Literasi ini merangkumi undang-undang tentang isu keselamatan pengguna, label ataupun logo, pembekalan barangan dan perkhidmatan, tanggungjawab pengguna dan mekanisma tebus rugi. Pelbagai isu pengguna telah timbul menunjukkan kelemahan pengguna sebagai pembeli dan ketamakan pemasar dengan mempergunakan kelemahan pengguna sebagai satu strategi pemasaran. Pelbagai program pendidikan pengguna telah dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Namun begitu, sejauhmana ia memberi kesan dalam mendidik pengguna masih menjadi persoalan sehingga kini. Oleh itu, kajian tentang literasi undang-undang pengguna sangat penting bagi memastikan pengguna tahu hak dan tangungjawab mereka. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia seterusnya menentukan kesan pengantara intensiti pendidikan pengguna terhadap faktor peramal dan literasi undang-undang pengguna. Teori Sosial Kognitif dan Teori Aktiviti telah digunakan bagi pembentukan kerangka kajian. Kajian ini melibatkan kutipan data secara kuantitatif. Seramai 500 responden telah terlibat dalam kaji soal selidik ini yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat yang dipilih mengikut zon di Malaysia iaitu zon utara, selatan, timur, barat dan Malaysia timur. Negeri yang terlibat adalah Perak, Johor, Kelantan, Selangor dan Sabah. Pengumpulan data kajian turut melibatkan responden di bandar dan luar bandar. Instrumen kajian ini merangkumi lapan bahagian iaitu bahagian demografi responden, literasi undang-undang, identiti diri, nilai, rakan,sistem pendidikan, intensiti pendidikan pengguna dan budaya. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23, WINSTEP (Rasch) dan Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 24. Bagi faktor identiti diri, rakan dan intensiti pendidikan pengguna berada di tahap sederhana. Manakala, untuk faktor nilai, budaya dan sistem pendidikan berada di tahap tinggi. Faktor peramal yang paling mempengaruhi literasi undang-undang ialah identiti diri (β= 1.310, C.R = 2.915, p = 0.004), sistem pendidikan (β = 1.338, C.R = 3.440, p = 0.000), budaya (β = 1.334, C.R = 1.985, p = 0.047) dan intensiti pendidikan pengguna ( β = 2.149, C.R = 2.119, p = 0.034). Faktor yang tidak mempengaruhi ialah nilai (β = 0.336, C.R = 0.212, p =0.113) dan rakan ( β = 0.133, C.R = 0.325, p = 0.745). Intensiti pendidikan pengguna, hanya merupakan faktor pengantara antara budaya dan literasi undang-undang pengguna. Model yang dibentuk menerangkan 23 peratus literasi undang-undang pengguna di Malaysia. Kajian ini dapat memberi implikasi kepada pengguna, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemasar bagi menggubal dasar dan membentuk program kepenggunaan seperti menyemak kembali Dasar Pengguna Negara bagi memberi penekanan dalam aspek literasi undang-undang pengguna. Bagi program kepenggunaan, modul program yang dihasilkan dapat membantu pengguna mempunyai perlindungan kendiri yang mampu melindungi diri mereka sekiranya berhadapan dengan isu kepenggunaan. Satu sistem pendidikan yang teratur dan budaya di dalam sesuatu komuniti adalah perlu untuk meningkatkan literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia. Consumer education - Malaysia Consumer behavior - Malaysia Consumer protection - Law and legislation - Malaysia 2021-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98433/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98433/1/FEM%202021%206%20UPMIR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Consumer education - Malaysia Consumer behavior - Malaysia Consumer protection - Law and legislation - Malaysia Abu Bakar, Elistina
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Abu Bakar, Elistina
topic Consumer education - Malaysia
Consumer behavior - Malaysia
Consumer protection - Law and legislation - Malaysia
spellingShingle Consumer education - Malaysia
Consumer behavior - Malaysia
Consumer protection - Law and legislation - Malaysia
Samsudin, Norhafifah
Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia
description Literasi undang-undang pengguna bermaksud pengguna menyedari, mengetahui dan memahami tentang maklumat berkaitan undang-undang. Literasi ini merangkumi undang-undang tentang isu keselamatan pengguna, label ataupun logo, pembekalan barangan dan perkhidmatan, tanggungjawab pengguna dan mekanisma tebus rugi. Pelbagai isu pengguna telah timbul menunjukkan kelemahan pengguna sebagai pembeli dan ketamakan pemasar dengan mempergunakan kelemahan pengguna sebagai satu strategi pemasaran. Pelbagai program pendidikan pengguna telah dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Namun begitu, sejauhmana ia memberi kesan dalam mendidik pengguna masih menjadi persoalan sehingga kini. Oleh itu, kajian tentang literasi undang-undang pengguna sangat penting bagi memastikan pengguna tahu hak dan tangungjawab mereka. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia seterusnya menentukan kesan pengantara intensiti pendidikan pengguna terhadap faktor peramal dan literasi undang-undang pengguna. Teori Sosial Kognitif dan Teori Aktiviti telah digunakan bagi pembentukan kerangka kajian. Kajian ini melibatkan kutipan data secara kuantitatif. Seramai 500 responden telah terlibat dalam kaji soal selidik ini yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat yang dipilih mengikut zon di Malaysia iaitu zon utara, selatan, timur, barat dan Malaysia timur. Negeri yang terlibat adalah Perak, Johor, Kelantan, Selangor dan Sabah. Pengumpulan data kajian turut melibatkan responden di bandar dan luar bandar. Instrumen kajian ini merangkumi lapan bahagian iaitu bahagian demografi responden, literasi undang-undang, identiti diri, nilai, rakan,sistem pendidikan, intensiti pendidikan pengguna dan budaya. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23, WINSTEP (Rasch) dan Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 24. Bagi faktor identiti diri, rakan dan intensiti pendidikan pengguna berada di tahap sederhana. Manakala, untuk faktor nilai, budaya dan sistem pendidikan berada di tahap tinggi. Faktor peramal yang paling mempengaruhi literasi undang-undang ialah identiti diri (β= 1.310, C.R = 2.915, p = 0.004), sistem pendidikan (β = 1.338, C.R = 3.440, p = 0.000), budaya (β = 1.334, C.R = 1.985, p = 0.047) dan intensiti pendidikan pengguna ( β = 2.149, C.R = 2.119, p = 0.034). Faktor yang tidak mempengaruhi ialah nilai (β = 0.336, C.R = 0.212, p =0.113) dan rakan ( β = 0.133, C.R = 0.325, p = 0.745). Intensiti pendidikan pengguna, hanya merupakan faktor pengantara antara budaya dan literasi undang-undang pengguna. Model yang dibentuk menerangkan 23 peratus literasi undang-undang pengguna di Malaysia. Kajian ini dapat memberi implikasi kepada pengguna, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemasar bagi menggubal dasar dan membentuk program kepenggunaan seperti menyemak kembali Dasar Pengguna Negara bagi memberi penekanan dalam aspek literasi undang-undang pengguna. Bagi program kepenggunaan, modul program yang dihasilkan dapat membantu pengguna mempunyai perlindungan kendiri yang mampu melindungi diri mereka sekiranya berhadapan dengan isu kepenggunaan. Satu sistem pendidikan yang teratur dan budaya di dalam sesuatu komuniti adalah perlu untuk meningkatkan literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Samsudin, Norhafifah
author_facet Samsudin, Norhafifah
author_sort Samsudin, Norhafifah
title Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia
title_short Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia
title_full Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia
title_fullStr Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia
title_full_unstemmed Faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di Malaysia
title_sort faktor peribadi, persekitaran dan intensiti pendidikan pengguna terhadap literasi undang-undang pengguna dalam kalangan pengguna di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2021
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98433/1/FEM%202021%206%20UPMIR.pdf
_version_ 1747813871010185216