Kesan pengantara motivasi untuk belajar terhadap hubungan antara faktor-faktor terpilih dengan keberkesanan latihan maya dalam kalangan orang kurang upaya di Malaysia

Keberkesanan latihan memainkan peranan yang penting dan mempunyai impak yang besar terhadap pihak yang berkepentingan terutamanya pekerja dan organisasi. Penilaian terhadap keberkesanan latihan mampu membawa perubahan dalam organisasi termasuk meningkatkan produktiviti pekerja yang akhirnya memberi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A. Hamid, Tetty Ruziyati
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98591/1/FPP%202021%202%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keberkesanan latihan memainkan peranan yang penting dan mempunyai impak yang besar terhadap pihak yang berkepentingan terutamanya pekerja dan organisasi. Penilaian terhadap keberkesanan latihan mampu membawa perubahan dalam organisasi termasuk meningkatkan produktiviti pekerja yang akhirnya memberi kesan positif kepada organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara reka bentuk latihan, ciri-ciri pelatih (efikasi kendiri berkomputer dan autonomi pelatih) serta persekitaran kerja (sokongan rakan sekerja) dengan keberkesanan latihan dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) di Malaysia. Kajian ini juga meneliti kesan pengantara motivasi untuk belajar terhadap hubungan reka bentuk latihan, efikasi kendiri berkomputer, autonomi pelatih dan sokongan rakan sekerja dengan keberkesanan latihan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif yang melibatkan 266 orang OKU yang menerima elaun pekerja cacat (EPC) di Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjelaskan profil demografi dan tahap pemboleh ubah kajian. Manakala statistik inferensi seperti analisis structural equation modelling serta bootstrapping digunakan bagi menguji hipotesis. Keputusan kajian mendapati tahap keberkesanan latihan tinggi (min= 4.03, sp= .64). Hasil kajian menunjukkan hanya reka bentuk latihan (β= .153, p<.05), autonomi pelatih β= 466, p<.05) dan motivasi (β= .269, p<.05) mempunyai hubungan langsung yang positif dan signifikan dengan keberkesanan latihan manakala efikasi kendiri berkomputer (β= -.021, p>.05) dan sokongan rakan sekerja (β= -.012, p>.05) dilihat tidak mempunyai hubungan langsung dengan keberkesanan latihan. Seterusnya, keputusan analisis bootstrapping menunjukkan motivasi untuk belajar adalah pengantara bagi hubungan autonomi pelatih (ab= .440; LB= .062, UB= .131) dengan keberkesanan latihan. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa reka bentuk latihan dan autonomi pelatih merupakan faktor penting yang menyumbang kepada keberkesanan latihan maya dalam kalangan golongan OKU. Malahan motivasi untuk belajar juga dilihat memainkan peranan yang penting sebagai pengantara dalam hubungan antara autonomi pelatih dengan keberkesanan latihan maya dalam kalangan golongan OKU.