Amalan pembangunan kandungan dokumentari Malaysia untuk pasaran antarabangsa

Di Malaysia pasaran penerbitan dokumentari amat terhad. Faktor penyebab fenomena ini ialah kerana slot tayangan dokumentari yang terhad dan bayaran produksi yang rendah. Kemelut ini berterusan apabila wujud masalah kualiti skrip, kurangnya penyelidikan dan tempoh masa yang pendek untuk pembiki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Shukor, Shahrul Azli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98730/1/FBMK%202020%2059%20UPMIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia pasaran penerbitan dokumentari amat terhad. Faktor penyebab fenomena ini ialah kerana slot tayangan dokumentari yang terhad dan bayaran produksi yang rendah. Kemelut ini berterusan apabila wujud masalah kualiti skrip, kurangnya penyelidikan dan tempoh masa yang pendek untuk pembikinan akibat bayaran yang rendah oleh pihak penyiar tempatan. Dengan demikian, pasaran antarabangsa merupakan penyelesaian yang berpotensi tinggi untuk penerbit dokumentari tempatan. Namun kekurangan pendedahan dan pengalaman telah menghadkan usaha penerbit tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Standard dan kualiti penerbitan yang tinggi diperlukan bagi dokumentari di siaran antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri dan amalan pembangunan kandungan dokumentari Malaysia untuk pasaran antarabangsa dengan meneroka apakah ciri-ciri dan amalan pembangunan kandungan yang baik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan fenomenologi bagi memahami fenomena penerbitan dokumentari Malaysia untuk pasaran antarabangsa. Teori Auteur menjadi asas kepada kajian ini. Teori Auteur menyarankan bahawa sesuatu karya itu dibentuk hasil daripada stail individu pengarah dengan digabungkan dengan kepakaran teknikal sehingga membentuk makna kepada karya mereka. Kajian ini melibatkan 7 orang penerbit dokumentari tempatan yang berpengalaman menerbitkan dokumentari untuk penyiar antarabangsa. Informan dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Semua informan ditemu bual secara mendalam dan hasil temu bual dirakam dan ditranskrip. Ia kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan data mengenai fenomena dokumentari Malaysia untuk pasaran antarabangsa. Hasil kajian ini mendapati pembikin dokumentari perlu memahami ciri-ciri kandungan dokumentari dan mempraktis amalan pembangunan kandungan yang baik untuk menghasilkan dokumentari untuk pasaran antarabangsa, Wujud satu corak yang perlu dipraktik pembikin dokumentari apabila membangunkan kandungan untuk dokumentari antarabangsa. Corak atau disebut sebagai trend ini merupakan keperluan yang mesti ditetapi kerana ia menjadi kunci utama kepada penerimaan penyiar antarabangsa. Kajian ini mengenal pasti bahawa elemen cerita dan karakter amat dititik beratkan dalam pembangunan jalan cerita. Selain itu, kajian ini mendapati pembikin dokumentari perlu untuk mempraktik amalan-amalan pembangunan kandungan yang baik iaitu kaedah pencarian idea, proses penyelidikan dan kaedah pembangunan treatment. Secara rumusan, kajian ini menemui ciri-ciri dan kaedah yang baik dalam pembangunan kandungan dokumentari untuk pasaran antarabangsa pada tahap pra-produksi, Jika ada kajian lain di masa hadapan, fokus boleh diberikan kepada kajian pada tahap produksi dan pasca-produksi untuk melihat keperluan penyiar antarabangsa pada tahap ini pula.