Bahasa antara dalam komunikasi kanak-kanak orang Asli

Komunikasi merupakan proses sosial yang sangat penting dalam kehidupan kanakkanak Orang Asli dan didapati mereka menggunakan pencampuran bahasa kerana sering menghadapi masalah kekurangan kosa kata. Seiringan dengan itu, ketidaklancaran dalam komunikasi ini menyebabkan berlakunya bahasa antara da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmed, Mohd Taufik
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98759/1/FBMK%202021%2034%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komunikasi merupakan proses sosial yang sangat penting dalam kehidupan kanakkanak Orang Asli dan didapati mereka menggunakan pencampuran bahasa kerana sering menghadapi masalah kekurangan kosa kata. Seiringan dengan itu, ketidaklancaran dalam komunikasi ini menyebabkan berlakunya bahasa antara dalam komunikasi kanak-kanak Orang Asli. Permasalahan penggunaan bahasa antara dalam komunikasi kanak-kanak Orang Asli ini menuntut lebih perhatian oleh para penyelidik bagi mendapatkan pemahaman dan rumusan yang tuntas. Kajian yang dijalankan ini merangkum tiga objektif, iaitu mengenal pasti proses penghasilan bahasa antara dalam komunikasi kanak-kanak Orang Asli, menganalisis bahasa antara dalam komunikasi kanak-kanak Orang Asli dan seterusnya merumuskan pola bahasa antara dalam komunikasi kanakkanak Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian lapangan, iaitu kaedah pemerhatian dan temu bual. Data kajian dianalisis berdasarkan proses penghasilan bahasa antara yang menggunakan Teori Bahasa Antara Selinker (1972). Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 15 orang responden di tiga buah perkampungan Orang Asli negeri Perak. Hasil kajian mendapati empat daripada lima proses bahasa antara telah digunakan oleh responden. Dapatan kajian turut memaparkan bahawa proses strategi komunikasi amat ketara digunakan, iaitu 562 penggunaan berbanding dengan proses Pemindahan Bahasa, Pemindahan Latihan dan Strategi Pembelajaran, manakala proses Generalisasi Terlampau didapati tidak digunakan langsung. Keseluruhan bahasa antara yang dikenal pasti ialah 634 penggunaan. Lapan elemen yang paling kerap digunakan ialah aspek Parafrasa, iaitu sebanyak 297 penggunaan, Penghampiran sebanyak 146 penggunaan, Pembentukan Kata sebanyak 121 penggunaan manakala Penghuraian mencakup sebanyak 30 penggunaan. Elemen Penghampiran yang ditemukan mempunyai empat pola bunyi, iaitu suku kata “aiei”( sungai – sungei), suku kata akhir yang mempunyai “ng – n”(cacing-cacig), suku kata awal yang mempunyai huruf vokal “o-u”(bola-bula) dan pengguguran konsonan “b– m”(timbul-timul). Kajian ini merumuskan bahawa terdapat empat faktor, iaitu penggunaan aspek parafrasa, latar linguistik, sikap individu dan pengaruh ekonomi yang menyebabkan pembentukan bahasa antara dalam komunikasi kanak-kanak Orang Asli.