Wacana taklif dan manifestasinya terhadap cerita dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan

Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang menyerlahkan kecenderungan kajian-kajian ilmiah sedia ada dalam memperakukan Pujangga Melayu sebagai sebuah novel yang mengandungi “ilmu” dan “pemikiran”, atau disebut sebagai “wacana”. Selain itu, kajian-kajian ilmiah sedia ada juga ce...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Narmi, Akalily
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98760/1/FBMK%202021%2044%20%20UPMIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertitik tolak daripada sorotan literatur yang menyerlahkan kecenderungan kajian-kajian ilmiah sedia ada dalam memperakukan Pujangga Melayu sebagai sebuah novel yang mengandungi “ilmu” dan “pemikiran”, atau disebut sebagai “wacana”. Selain itu, kajian-kajian ilmiah sedia ada juga cenderung dalam memperakukan bahawa “wacana” merupakan bentuk yang dimanfaatkan secara signifikan dalam Pujangga Melayu, khususnya bagi menjelaskan prinsip Taklif. Dalam konteks ini, kajian ini ingin menghujahkan bahawa “wacana” bukan satu-satunya bentuk yang dimanfaatkan dalam Pujangga Melayu bagi menjelaskan prinsip Taklif. Hal ini kerana bacaan awal mendapati bahawa selain bentuk “wacana”, prinsip Taklif dalam Pujangga Melayu turut diterjemahkan dalam bentuk “cerita”, terutamanya aspek watak dan perwatakan. Sehubungan itu, kajian ini distrukturkan bagi mencapai dua objektif penting, iaitu menganalisis proses pembinaan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu, dan merumuskan peranan watak dalam menterjemahkan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan. Dalam usaha untuk merealisasikan kedua-dua objektif ini, kajian ini memilih untuk menerapkan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan sebagai kerangka analisis. Pemilihan ini adalah didasarkan kepada beberapa pertimbangan penting, yang antaranya ialah idea pokok gagasan Persuratan Baru yang membezakan secara jelas antara “wacana” dengan “cerita”. Dengan menerapkan gagasan Persuratan Baru sebagai kerangka analisis, kajian ini merumuskan bahawa bentuk “cerita”, iaitu aspek watak memainkan peranan penting dalam proses pembinaan “wacana Taklif” dalam novel Pujangga Melayu. Dengan hasil analisis serta rumusan ini, kajian ini diharap memberikan sumbangan yang bererti dalam pengkajian novel Pujangga Melayu, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak kajian-kajian ilmiah seterusnya yang meneliti aspek “wacana” dan “cerita” dalam persuratan Melayu.