Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen

Tesis ini bertitik tolak daripada kenyataan Mohd. Affandi Hassan dan Ungku Maimunah Mohd. Tahir bahawa novel Elizabeth Costello karya seorang penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2003 iaitu J. M. Coetzee, menepati ciri-ciri novel ilmu/falsafah yang ditawarkan oleh Persuratan Baru. Ciri-ciri yang sama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halis Azhan, Nudra Shafini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98806/1/FBMK%202021%2010%20-%20IR.1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.98806
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.988062022-09-28T03:58:22Z Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen 2020-06 Halis Azhan, Nudra Shafini Tesis ini bertitik tolak daripada kenyataan Mohd. Affandi Hassan dan Ungku Maimunah Mohd. Tahir bahawa novel Elizabeth Costello karya seorang penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2003 iaitu J. M. Coetzee, menepati ciri-ciri novel ilmu/falsafah yang ditawarkan oleh Persuratan Baru. Ciri-ciri yang sama dikenal pasti hadir menerusi karya kreatif Mohd. Affandi Hassan sendiri iaitu Pujangga Melayu yang rata-rata diterima sebagai “manifestasi konkrit” kepada gagasan tersebut. Hal ini sekali gus mengundang satu perbandingan antara kedua-dua buah novel. Pengamatan awal terhadap kajian-kajian ilmiah menunjukkan bahawa kedua-dua buah novel menyampaikan ilmu atau falsafah. Di satu pihak, Pujangga Melayu rata-ratanya diperakukan sebagai sebuah “novel ilmu” dengan penerapan Persuratan Baru. Di satu pihak lagi, Elizabeth Costello rata-ratanya diperakukan sebagai sebuah “fiksyen falsafah” dengan penelitian terhadap pengisiannya yang filosofikal. Hakikat ini mengundang satu penelitian ilmiah yang mendalam terhadap kedua-dua buah novel. Bagi merungkaikan permasalahan yang dinyatakan, tesis ini menstrukturkan tiga objektif. Pertama, menganalisis novel Pujangga Melayu dan Elizabeth Costello berdasarkan kerangka Fiksyen Falsafah yang digariskan oleh Jukka Mikkonen. Kedua, membandingkan antara novel Pujangga Melayu dengan Elizabeth Costello sebagai karya “fiksyen falsafah”. Dan ketiga, merumuskan kedudukan Pujangga Melayu dan Elizabeth Costello sebagai karya “fiksyen falsafah”. Oleh itu, tesis ini memilih kerangka Fiksyen Falsafah cetusan Jukka Mikkonen sebagai alat analisis. Pemilihan ini didasarkan kepada penubuhan kerangka Fiksyen Falsafah sendiri yang menganjurkan karya fiksyen sebagai medium untuk menyampaikan falsafah. Antara konsep penting yang digariskan daripada kerangka Fiksyen Falsafah adalah “Pernyataan Sastera” iaitu konsep yang memperakukan wujudnya keterjalinan antara “Pernyataan Naratif” dengan “Pernyataan Langsung” dalam bentuk yang nyata dan eksplisit. Dengan menerapkan kerangka Fiksyen Falsafah ke atas Pujangga Melayu dan Elizabeth Costello, tesis ini mengemukakan beberapa dapatan penting. Pertama, kedua-dua buah novel mengandungi “Pernyataan Naratif” yang berjalin dengan “Pernyataan Langsung”. Kedua, Pujangga Melayu didapati menghadirkan “Pernyataan Langsung” dalam tempoh penceritaan, sebagaimana yang terserlah pada jumlah halaman, penyusunan falsafah dan pemikiran serta pemanipulasian “Pernyataan Naratif” secara menyeluruh agar akur kepada falsafah dan pemikiran yang disampaikan. Ketiga, Elizabeth Costello didapati menghadirkan “Pernyataan Naratif” dalam tempoh penceritaan, sebagaimana yang dapat diteliti pada jumlah halamannya, falsafah dan pemikirannya yang tidak tersusun secara kronologikal agar akur kepada falsafah dan pemikiran yang dimuatkan. Tesis ini, di satu pihak, membuktikan status “novel ilmu” Pujangga Melayu masih utuh dengan penerapan kerangka selain Persuratan Baru. Manakala di satu pihak lagi, tesis ini mengesahkan dakwaan sarjana dan pengkritik sastera bahawa Elizabeth Costello merupakan “fiksyen falsafah” menerusi penelitian ke atas medium yang dimanfaatkan untuk menyampaikan falsafah. Secara keseluruhannya, kajian ini berupaya menyerlahkan kelebihan kedua-dua buah novel yang dikaji sebagai karya fiksyen falsafah berdasarkan kerangka “Fiksyen Falsafah” yang dicetuskan oleh Jukka Mikkonen. Fiction - Comparative studies Philosophical anthropology in literature South African fiction 2020-06 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98806/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98806/1/FBMK%202021%2010%20-%20IR.1.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Fiction - Comparative studies Philosophical anthropology in literature South African fiction Abd Rani, Mohd Zariat
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Abd Rani, Mohd Zariat
topic Fiction - Comparative studies
Philosophical anthropology in literature
South African fiction
spellingShingle Fiction - Comparative studies
Philosophical anthropology in literature
South African fiction
Halis Azhan, Nudra Shafini
Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen
description Tesis ini bertitik tolak daripada kenyataan Mohd. Affandi Hassan dan Ungku Maimunah Mohd. Tahir bahawa novel Elizabeth Costello karya seorang penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2003 iaitu J. M. Coetzee, menepati ciri-ciri novel ilmu/falsafah yang ditawarkan oleh Persuratan Baru. Ciri-ciri yang sama dikenal pasti hadir menerusi karya kreatif Mohd. Affandi Hassan sendiri iaitu Pujangga Melayu yang rata-rata diterima sebagai “manifestasi konkrit” kepada gagasan tersebut. Hal ini sekali gus mengundang satu perbandingan antara kedua-dua buah novel. Pengamatan awal terhadap kajian-kajian ilmiah menunjukkan bahawa kedua-dua buah novel menyampaikan ilmu atau falsafah. Di satu pihak, Pujangga Melayu rata-ratanya diperakukan sebagai sebuah “novel ilmu” dengan penerapan Persuratan Baru. Di satu pihak lagi, Elizabeth Costello rata-ratanya diperakukan sebagai sebuah “fiksyen falsafah” dengan penelitian terhadap pengisiannya yang filosofikal. Hakikat ini mengundang satu penelitian ilmiah yang mendalam terhadap kedua-dua buah novel. Bagi merungkaikan permasalahan yang dinyatakan, tesis ini menstrukturkan tiga objektif. Pertama, menganalisis novel Pujangga Melayu dan Elizabeth Costello berdasarkan kerangka Fiksyen Falsafah yang digariskan oleh Jukka Mikkonen. Kedua, membandingkan antara novel Pujangga Melayu dengan Elizabeth Costello sebagai karya “fiksyen falsafah”. Dan ketiga, merumuskan kedudukan Pujangga Melayu dan Elizabeth Costello sebagai karya “fiksyen falsafah”. Oleh itu, tesis ini memilih kerangka Fiksyen Falsafah cetusan Jukka Mikkonen sebagai alat analisis. Pemilihan ini didasarkan kepada penubuhan kerangka Fiksyen Falsafah sendiri yang menganjurkan karya fiksyen sebagai medium untuk menyampaikan falsafah. Antara konsep penting yang digariskan daripada kerangka Fiksyen Falsafah adalah “Pernyataan Sastera” iaitu konsep yang memperakukan wujudnya keterjalinan antara “Pernyataan Naratif” dengan “Pernyataan Langsung” dalam bentuk yang nyata dan eksplisit. Dengan menerapkan kerangka Fiksyen Falsafah ke atas Pujangga Melayu dan Elizabeth Costello, tesis ini mengemukakan beberapa dapatan penting. Pertama, kedua-dua buah novel mengandungi “Pernyataan Naratif” yang berjalin dengan “Pernyataan Langsung”. Kedua, Pujangga Melayu didapati menghadirkan “Pernyataan Langsung” dalam tempoh penceritaan, sebagaimana yang terserlah pada jumlah halaman, penyusunan falsafah dan pemikiran serta pemanipulasian “Pernyataan Naratif” secara menyeluruh agar akur kepada falsafah dan pemikiran yang disampaikan. Ketiga, Elizabeth Costello didapati menghadirkan “Pernyataan Naratif” dalam tempoh penceritaan, sebagaimana yang dapat diteliti pada jumlah halamannya, falsafah dan pemikirannya yang tidak tersusun secara kronologikal agar akur kepada falsafah dan pemikiran yang dimuatkan. Tesis ini, di satu pihak, membuktikan status “novel ilmu” Pujangga Melayu masih utuh dengan penerapan kerangka selain Persuratan Baru. Manakala di satu pihak lagi, tesis ini mengesahkan dakwaan sarjana dan pengkritik sastera bahawa Elizabeth Costello merupakan “fiksyen falsafah” menerusi penelitian ke atas medium yang dimanfaatkan untuk menyampaikan falsafah. Secara keseluruhannya, kajian ini berupaya menyerlahkan kelebihan kedua-dua buah novel yang dikaji sebagai karya fiksyen falsafah berdasarkan kerangka “Fiksyen Falsafah” yang dicetuskan oleh Jukka Mikkonen.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Halis Azhan, Nudra Shafini
author_facet Halis Azhan, Nudra Shafini
author_sort Halis Azhan, Nudra Shafini
title Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen
title_short Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen
title_full Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen
title_fullStr Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen
title_full_unstemmed Perbandingan antara novel Pujangga Melayu dengan novel Elizabeth Costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh Jukka Mikkonen
title_sort perbandingan antara novel pujangga melayu dengan novel elizabeth costello berdasarkan kerangka fiksyen falsafah oleh jukka mikkonen
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98806/1/FBMK%202021%2010%20-%20IR.1.pdf
_version_ 1747813893139333120