Kesejahteraan subjektif kewangan sebagai petunjuk pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri di Selangor, Malaysia

Kajian ini menjelaskan kesejahteraan subjektif kewangan sebagai petunjuk pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri, Selangor, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami perubahan hidup dan pastinya ia memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mereka. Hal ini ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Razali, Mohd Fariz
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98837/1/FEM%202021%202%20UPMIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menjelaskan kesejahteraan subjektif kewangan sebagai petunjuk pembangunan komuniti dalam kalangan komuniti Orang Asli Mah Meri, Selangor, Malaysia. Komuniti Orang Asli sudah mula mengalami perubahan hidup dan pastinya ia memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mereka. Hal ini berlaku kesan daripada pembangunan yang berada di sekitar penempatan mereka. Pengukuran kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli sering dilihat daripada perspektif objektif dengan menggunakan pengukuran ekonomi. Namun, kajian ini memberi satu sudut pandang yang berbeza dengan melihat kepada kesejahteraan hidup secara subjektif. Kesejahteraan subjektif kewangan komuniti Orang Asli masih lagi kabur dan kajian mengenainya adalah terbatas. Rentetan daripada itu, kajian ini dilakukan untuk memahami konsep kesejahteraan subjektif kewangan, menghuraikan status kesejahteraan subjektif kewangan mereka, mengenal pasti faktor perubahan kesejahteraan subjektif kewangan dan seterusnya menjelaskan kesejahteraan subjektif kewangan sebagai salah satu petunjuk pembangunan komuniti. Seramai 15 Orang Asli Mah Meri dalam kalangan Ketua Isi Rumah (KIK) dari seluruh perkampungan Orang Asli Mah Meri di Selangor terlibat dalam kajian ini. Hal ini kerana kedudukan perkampungan mereka yang dikelilingi oleh pembangunan dan perindustrian dilihat penting untuk diteliti dan dikaji pada masa kini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan reka bentuk kajian adalah secara exploratory. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam dan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Pemerhatian tidak turut serta juga digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian adalah berasaskan tema. Berdasarkan dapatan kajian terdapat tiga tema besar dalam membincangkan konsep kesejahteraan subjektif kewangan iaitu: (i) kecukupan; (ii) keselesaan dan (iii) kepuasan. Manakala dari segi status kesejahteraan subjektif kewangan pula menunjukkan masyarakat Orang Asli berada dalam keadaan sejahtera. Terdapat empat faktor perubahan kesejahteraan subjektif kewangan masyarakat Orang Asli di kawasan kajian iaitu: (i) perubahan nilai; (ii) sumber pendapatan; (iii) pendidikan dan (iv) kontak sosial. Kesemua faktor ini menyebabkan masyarakat Orang Asli di kawasan kajian terdedah dengan arus perubahan yang mempengaruhi kehidupan mereka. Dalam kajian ini juga kesejahteraan subjektif kewangan sebagai salah satu petunjuk pembangunan komuniti dapat dilihat dengan jelas melalui empat matlamat pembangunan komuniti iaitu (i) meningkatkan kualiti kehidupan, (ii) mengintegrasi ahli komuniti, (iii) mewujudkan kerjasama antara ahli komuniti, dan (iv) mewujudkan transformasi sosial dalam komuniti. Walaupun secara dasarnya jika dilihat dari sudut kesejahteraan secara objektif menampakkan mereka masih rendah dan ketinggalan namun secara subjektifnya kesejahteraan kewangan komuniti Orang Asli Mah Meri adalah baik dan ada perubahan. Perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi dan sosial ini bersesuaian dengan kehidupan manusia yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Implikasinya, pembangunan sosial dan ekonomi perlu terus diberikan perhatian dalam mengisi pembangunan Orang Asli untuk memastikan komuniti Orang Asli terus mengecapi kenikmatan pembangunan.