Peranan Modul ISRA, fungsi sosial dan prinsip pembangunan komuniti dalam kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia

Agensi Antidadah Kebangsaan telah melancarkan Modul ISRA sebagai instrumen holistik bagi rawatan dan pemulihan bekas penagih dadah melalui kaedah mengubati masalah ketidakstabilan jiwa secara amalan kerohanian. Kefungsian sosial dilihat penting terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hafiz Goh, Mohammad Adam Danial
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98838/1/FEM%202021%207%20UPMIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agensi Antidadah Kebangsaan telah melancarkan Modul ISRA sebagai instrumen holistik bagi rawatan dan pemulihan bekas penagih dadah melalui kaedah mengubati masalah ketidakstabilan jiwa secara amalan kerohanian. Kefungsian sosial dilihat penting terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komuniti. Selain itu, prinsip pembangunan komuniti turut berperanan terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komuniti. Menggunakan Teori Struktural-Fungsionalisme, komuniti bergerak sebagai satu sistem sosial dengan beberapa subsistem yang saling berfungsi dan melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti pandangan bekas klien dalam komuniti terhadap keberkesanan Modul ISRA; mengenal pasti kefungsian sosial terhadap kepulihan bekas klien dalam komuniti; dan menerangkan peranan prinsip pembangunan komuniti terhadap kepulihan klien dalam komuniti. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif menggunakan pendekatan exploratory. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan iaitu 16 orang informan telah terlibat terdiri daripada bekas klien ISRA yang complient dan boleh terlibat diri dalam temu bual. Pengumpulan data dilakukan secara temu bual mendalam menggunakan pendekatan naturalistic inquiry atau constructionism di samping Teknik Kumpulan Nominal (NGT) turut digunakan bagi memperoleh data primer. Analisis tematik secara manual dilakukan terhadap data kajian bagi membentuk tema dalam menilai kesemua objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan, bekas klien ISRA berpandangan, Modul ISRA dari segi kandungan, struktur, kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik dalam membantu kepulihan mereka. Dari segi kefungsian sosial, empat (4) institusi penting menyokong kepulihan bekas klien dalam komuniti iaitu: (i) keluarga; (ii) komuniti; (iii) agama; dan (iv) kerajaan. Kesemua institusi ini berperanan dalam memberi bantuan dan dorongan supaya bekas klien kekal pulih. Dari segi prinsip pembangunan komuniti, tiga (3) prinsip penting berperanan terhadap kepulihan bekas klien dalam komuniti iaitu: (i) pembentukan jaya diri (self-help); (ii) penglibatan; dan (iii) bantuan dan galakan kerajaan. Kajian ini merumuskan, bekas klien memberikan pandangan positif terhadap keberkesanan Modul ISRA. Kefungsian sosial dan prinsip pembangunan komuniti juga memainkan peranan terhadap kepulihan bekas klien ISRA dalam komuniti. Implikasi kajian ini mencadangkan, sebarang dasar atau pembinaan modul pemulihan perlu berfokus kepada keterlibatan persekitaran sosial klien bagi menyokong kepulihan klien secara berterusan setelah mereka keluar pusat.