Pembangunan bakat kepemimpinan guru besar sekolah rendah kebangsaan melalui proses pementoran dalam program pembangunan profesional pemimpin pendidikan
Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji Pembangunan Bakat Kepemimpinan Guru Besar melalui proses pementoran dalam program pembangunan profesional pemimpin pendidikan di Malaysia. Program pementoran PRIme (Program Residency dan Immersion) telah diwujudkan bagi membangunkan bakat kepemimpinan pemi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/98856/1/FPP%202021%2016%20UPMIR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji Pembangunan Bakat Kepemimpinan Guru Besar
melalui proses pementoran dalam program pembangunan profesional pemimpin
pendidikan di Malaysia. Program pementoran PRIme (Program Residency dan
Immersion) telah diwujudkan bagi membangunkan bakat kepemimpinan pemimpin
baharu pendidikan dalam mengorak langkah untuk menjayakan aspirasi pendidikan
negara. Namun begitu, masalah ketidakpuasan terhadap pengurusan dan pentadbiran
sekolah masih menjadi persoalan (Azlin Norhaini &Roselan, 2017). Amalan pementoran
sebagai pemboleh ubah yang dapat membangunkan bakat pemimpin baharu pendidikan
tidak banyak dikupas secara terperinci dalam kajian lepas (Arar, 2018). Justeru, kajian
ini dijalankan bagi meneroka secara mendalam proses pembangunan bakat Guru Besar
Baharu melalui proses pementoran bagi menjawab tiga persoalan utama: 1) Apakah
pemahaman Guru Besar Baharu yang berkaitan terhadap pelaksanaan pementoran di
bawah Program PRIme? 2) Bagaimanakah proses pementoran di bawah Program PRIme
dilaksanakan ke atas Guru Besar Baharu? 3) Sejauh manakah program pementoran yang
dijalankan di bawah Program PRIme dapat membangunkan bakat kepemimpinan Guru
Besar Baharu?
Bagi menjawab persoalan kajian yang ditetapkan, kajian kes kualitatif telah digunakan.
Sejumlah 8 orang informan terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada lima orang
menti dan tiga orang mentor. Tiga teknik pengumpulan data digunakan bagi mengumpul
data yang kaya iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian tidak turut serta dan
penganalisisan dokumen. Data yang diperoleh diuruskan menggunakan ATLAS.ti 8 dan
diberikan kod, kategori seterusnya subtema bagi membangunkan tema utama untuk
menjawab setiap persoalan kajian. Kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian
diperolehi dengan menggunakan teknik triangulasi, jejak audit, penilaian rakan sekerja
dan hubungan berterusan antara pengkaji dan informan. Dapatan kajian menunjukkan bakat kepemimpinan melalui pembelajaran pementoran
berlaku secara timbal balik dan didasarkan kepada keperluan sosialisasi menti menerusi
perkongsian pengalaman, pemerhatian, penglibatan secara aktif dengan kumpulan
pengamal dan pembelajaran interaktif berterusan antara mentor dan menti. Semasa
pementoran, bakat menti dibangunkan melalui tiga cabang utama iaitu pembangunan
emosi, sosial dan intelektual yang menjadi tunjang utama pengukuhan ciri pemimpin
berbakat. Pembangunan emosi dilihat melalui pembentukkan efikasi kendiri,
pembangunan sosial ditunjukkan dalam keupayaan untuk bekerjasama dalam komuniti
manakala pembangunan intelektual dilihat dalam kecekapan menti memainkan peranan
sebagai pengurus dan pemimpin sekolah. Dengan menggabungkan Model Pembangunan
Bakat Strategik (Rothwell, 2013), Model Pembelajaran Pementoran (Rhodes dan
Fletcher, 2013) serta penglibatan menti secara aktif dalam Communities of Practice
dalam satu kerangka teoretikal kajian, dapatan empirikal mendapati amalan pementoran
berjaya menyumbangkan kepada proses pembangunan bakat pemimpin baharu dengan
lebih berkesan.
Keseluruhannya, kajian ini merungkai pengaruh amalan pementoran dalam
membangunkan bakat kepemimpinan pemimpin baharu pendidikan dan kajian ini
menyumbangkan secara terus kepada pelbagai pihak berkepentingan khususnya
Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Aminuddin Baki, sektor awam dan swasta
dalam merencana dan merangka dasar berkaitan pelaksanaan operasi dan strategi
program pembangunan bakat melalui proses pementoran. Implikasi daripada kajian ini
dapat membantu pembangunan bakat pemimpin baharu dalam pendidikan dan
meningkatkan kesediaan mereka untuk terus memacu peningkatan mutu dan kualiti
sistem pendidikan di Malaysia seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. |
---|