Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy

Uslūb badī’ merupakan salah satu bentuk gaya bahasa Arab yang digunakan oleh ramai karyawan sastera untuk mengindahkan lafaz dan makna sesuatu ujaran teks. Uslūb ini banyak digunakan oleh sasterawan Arab dalam karya syair dan prosa mereka. Tinjauan persuratan menunjukkan bahawa uslūb badī’ sering me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamis, Mohamad Faisal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99094/1/FBMK%202021%205%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.99094
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.990942023-02-02T00:34:27Z Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy 2020-10 Kamis, Mohamad Faisal Uslūb badī’ merupakan salah satu bentuk gaya bahasa Arab yang digunakan oleh ramai karyawan sastera untuk mengindahkan lafaz dan makna sesuatu ujaran teks. Uslūb ini banyak digunakan oleh sasterawan Arab dalam karya syair dan prosa mereka. Tinjauan persuratan menunjukkan bahawa uslūb badī’ sering mencetuskan kesukaran untuk difahami kerana ia mengandungi makna yang perlu dianalisis secara konteks dan co-text. Selain itu, kajian lampau juga mendapati bahawa para sarjana sering menggunakan gaya bahasa bukan sastera dalam melontarkan idea mereka berkaitan dengan disiplin ilmu. Penggunaan gaya bahasa sastera seperti uslūb badī’ dalam mengetengahkan disiplin ilmu tidak mampu difahami oleh pembaca sekiranya tidak dianalisis dengan betul dan tepat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu yang terdapat dalam Maqāmāt Imam al-Suyūṭiy (MIS), menganalisis makna konteks dan co-text dalam uslūb badī’ yang terdapat dalam MIS dalam aspek penyampaian disiplin ilmu serta merumuskan tema disiplin ilmu melalui penggunaan uslūb badi’ yang terdapat dalam MIS. Bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan, pendekatan ilmu badī’ oleh al-Maydāniy (1996) dan teori Naẓm oleh al-Jurjāniy (1994) dijadikan sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan metode kualitatif deskriptif yang menumpukan sepenuhnya pada kaedah analisis kandungan teks. Sebanyak 19 sampel data yang mengandungi uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu telah dipilih dan dianalisis secara rinci. Dapatan kajian mengenal pasti 17 bentuk uslūb badī’ dalam MIS yang berkaitan dengan disiplin ilmu, iaitu 7 bentuk daripada Muḥassināt Jamāliyyah Lafẓiyyah (MJL) dan 10 bentuk daripada Muḥassināt Jamāliyyah Ma’nawiyyah (MJM). Analisis makna konteks dan co-text menemukan enam konteks utama yang menjadi latar kepada kesemua uslūb badī’ yang dijadikan sebagai sampel kajian. Konteks-konteks tersebut ialah pembahagian hadis Nabi SAW, politik, kekuasaan Allah SWT, perubatan, akhlak serta syurga dan neraka. Di samping itu, hasil analisis makna konteks dan co-text juga mendapati tujuh jenis partikel digunakan oleh pengarang MIS bagi ii mengukuhkan makna 19 uslūb badi’ yang dijadikan sebagai sampel data. Dapatan kajian turut menemukan bahawa 17 bentuk uslūb badī’ yang digunakan oleh pengarang MIS mempunyai 14 peranan dalam mempersembahkan nilai estetik makna dan lafaz kepada khalayak pembaca. Kesemua uslūb badī’ ini diaplikasikan untuk mengetengahkan lima tema disiplin ilmu utama, iaitu ‘ulūm al-ḥadīth, akidah, tasawuf, sejarah Islam dan kesihatan. Selain itu, hasil rumusan turut mendapati bahawa pengarang MIS menampilkan gaya bahasa yang bersifat imaginatif dan figuratif dalam mengetengahkan disiplin ilmu kepada khalayak pembaca seperti teknik perlambangan dan dialog. Kesimpulannya, kajian ini menjelaskan bahawa uslūb badī’ perlu difahami secara holistik merangkumi makna konteks dan co-text disebabkan wujudnya elemen-elemen sastera yang mempunyai makna tersirat khususnya dalam aspek penyampaian disiplin ilmu dalam MIS. Secara umumnya, para pengkaji karya sastera perlu memberikan lebih perhatian terhadap isu ini bagi mendapatkan kefahaman yang tepat apabila berhadapan dengan teks-teks sastera yang lain. Arabic literature - History and criticism Discipline - Religious aspects - Islam 2020-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99094/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99094/1/FBMK%202021%205%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Arabic literature - History and criticism Discipline - Religious aspects - Islam Toklubok@Hajimaming, Pabiyah
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Toklubok@Hajimaming, Pabiyah
topic Arabic literature - History and criticism
Discipline - Religious aspects - Islam

spellingShingle Arabic literature - History and criticism
Discipline - Religious aspects - Islam

Kamis, Mohamad Faisal
Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy
description Uslūb badī’ merupakan salah satu bentuk gaya bahasa Arab yang digunakan oleh ramai karyawan sastera untuk mengindahkan lafaz dan makna sesuatu ujaran teks. Uslūb ini banyak digunakan oleh sasterawan Arab dalam karya syair dan prosa mereka. Tinjauan persuratan menunjukkan bahawa uslūb badī’ sering mencetuskan kesukaran untuk difahami kerana ia mengandungi makna yang perlu dianalisis secara konteks dan co-text. Selain itu, kajian lampau juga mendapati bahawa para sarjana sering menggunakan gaya bahasa bukan sastera dalam melontarkan idea mereka berkaitan dengan disiplin ilmu. Penggunaan gaya bahasa sastera seperti uslūb badī’ dalam mengetengahkan disiplin ilmu tidak mampu difahami oleh pembaca sekiranya tidak dianalisis dengan betul dan tepat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu yang terdapat dalam Maqāmāt Imam al-Suyūṭiy (MIS), menganalisis makna konteks dan co-text dalam uslūb badī’ yang terdapat dalam MIS dalam aspek penyampaian disiplin ilmu serta merumuskan tema disiplin ilmu melalui penggunaan uslūb badi’ yang terdapat dalam MIS. Bagi mencapai objektif kajian yang telah digariskan, pendekatan ilmu badī’ oleh al-Maydāniy (1996) dan teori Naẓm oleh al-Jurjāniy (1994) dijadikan sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan metode kualitatif deskriptif yang menumpukan sepenuhnya pada kaedah analisis kandungan teks. Sebanyak 19 sampel data yang mengandungi uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu telah dipilih dan dianalisis secara rinci. Dapatan kajian mengenal pasti 17 bentuk uslūb badī’ dalam MIS yang berkaitan dengan disiplin ilmu, iaitu 7 bentuk daripada Muḥassināt Jamāliyyah Lafẓiyyah (MJL) dan 10 bentuk daripada Muḥassināt Jamāliyyah Ma’nawiyyah (MJM). Analisis makna konteks dan co-text menemukan enam konteks utama yang menjadi latar kepada kesemua uslūb badī’ yang dijadikan sebagai sampel kajian. Konteks-konteks tersebut ialah pembahagian hadis Nabi SAW, politik, kekuasaan Allah SWT, perubatan, akhlak serta syurga dan neraka. Di samping itu, hasil analisis makna konteks dan co-text juga mendapati tujuh jenis partikel digunakan oleh pengarang MIS bagi ii mengukuhkan makna 19 uslūb badi’ yang dijadikan sebagai sampel data. Dapatan kajian turut menemukan bahawa 17 bentuk uslūb badī’ yang digunakan oleh pengarang MIS mempunyai 14 peranan dalam mempersembahkan nilai estetik makna dan lafaz kepada khalayak pembaca. Kesemua uslūb badī’ ini diaplikasikan untuk mengetengahkan lima tema disiplin ilmu utama, iaitu ‘ulūm al-ḥadīth, akidah, tasawuf, sejarah Islam dan kesihatan. Selain itu, hasil rumusan turut mendapati bahawa pengarang MIS menampilkan gaya bahasa yang bersifat imaginatif dan figuratif dalam mengetengahkan disiplin ilmu kepada khalayak pembaca seperti teknik perlambangan dan dialog. Kesimpulannya, kajian ini menjelaskan bahawa uslūb badī’ perlu difahami secara holistik merangkumi makna konteks dan co-text disebabkan wujudnya elemen-elemen sastera yang mempunyai makna tersirat khususnya dalam aspek penyampaian disiplin ilmu dalam MIS. Secara umumnya, para pengkaji karya sastera perlu memberikan lebih perhatian terhadap isu ini bagi mendapatkan kefahaman yang tepat apabila berhadapan dengan teks-teks sastera yang lain.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Kamis, Mohamad Faisal
author_facet Kamis, Mohamad Faisal
author_sort Kamis, Mohamad Faisal
title Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy
title_short Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy
title_full Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy
title_fullStr Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy
title_full_unstemmed Uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt Imam Al-Suyūṭiy
title_sort uslūb badī’ berkaitan dengan disiplin ilmu dalam maqāmāt imam al-suyūṭiy
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99094/1/FBMK%202021%205%20IR.pdf
_version_ 1776100291325722624