Penerokaan dinamika intim profesional di tempat kerja dalam kalangan belia muslim di Selangor, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia

Intim profesional di tempat kerja (IPDTK) adalah suatu fenomena yang sering berlaku dalam suasana kerja yang mana seringkali ditafsirkan dengan perspektif negatif. Namun, konsep berkenaan perhubungan ini mepunyai pelbagai perspektif yang dinamik yang mana kajian ini cuba merungkai pemasalahan ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Md Faridz
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99226/1/IPSAS%202021%201%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Intim profesional di tempat kerja (IPDTK) adalah suatu fenomena yang sering berlaku dalam suasana kerja yang mana seringkali ditafsirkan dengan perspektif negatif. Namun, konsep berkenaan perhubungan ini mepunyai pelbagai perspektif yang dinamik yang mana kajian ini cuba merungkai pemasalahan ini. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif fenomenologi ini dengan menggunakan rekabentuk kajian temubual secara mendalam dengan informan yang terdiri daripada 13 orang belia muslim professional yang dipilih dengan teknik persempelan bertujuan untuk mendapatkan jawapan. Ini bagi mencapai objektif kajian iaitu; (1) untuk mendapatkan makna dinamika IPDTK perspektif belia muslim, (2) untuk memahami IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim, (3) untuk mengetahui kesan IPDTK kepada Pembangunan Belia Positif (PYD) dan (4) untuk mengetahui cara belia muslim menyantuni IPDTK. Hasil kajian daripada objektif pertama mendapati bahawa makna dinamika IPDTK berdasarkan magnitud yang merupakan tiga tema kategori iaitu hubungan keserakanan, hubungan intim profesional dan hubungan intim peribadi yang merangkumi sembilan subtema. Hasil kajian daripada objektif kedua pula mendapati bahawa IPDTK yang berlaku dalam kalangan belia muslim merupakan suatu proses yang panjang melibatkan hubungan interpersonal antara individu yang mana terdiri daripada tiga kategori tema iaitu berkenal-kenalan (taaruf), faham-memahami (tafahum) dan tolong-menolong (takaful) yang merangkumi 13 subtema. Berdasarkan objektif kajian ketiga pula dapat difahami bahawa IPDTK memberi kesan positif terhadap PYD yang mana merangkumi lima tema iaitu berkeyakinan, berkebolehan, keterikatan, berkeperibadian dan penyayang yang merangkumi sembilan subtema. Manakala hasil kajian terakhir untuk objektif kajian keempat didapati bahawa belia muslim menyantuni IPDTK dengan berpegang kepada prinsip Islam dan nilai profesional yang mana melibatkan empat kategori tema iaitu pegangan agama sebagai pendinding, menghormati jarak peribadi, sikap mengatasi intim peribadi negatif, polisi hubungan profesional antara pekerja yang merangkumi tujuh subtema. Kesimpulan daripada kajian didapati bahawa asas IPDTK mempunyai dinamika perspektif iaitu suatu hubungan yang sangat akrab namun sangat profesional yang mempunyai tiga magnitud iaitu hubungan keserakanan, intim profesional dan intim peribadi. Oleh itu, bagi kajian yang akan datang, penyelidik mencadangkan agar kajian menilai perspektif belia untuk semua kaum samaada warga tempatan dan warga asing yang mana dilakukan secara kuantitatif di Lembah Kelang bagi memahami fenomena ini secara lebih mendalam dalam perspektif Malaysia.