Penerokaan pemerkasaan mampan melalui program kebajikan produktif dalam kalangan usahawan bimbingan Melayu Muslim di Malaysia

Kebajikan produktif adalah satu strategi dasar penamatan bantuan kebajikan (exit policy) melalui program yang membangunkan keupayaan individu. Penyertaan dalam program kebajikan produktif sebagai usahawan bimbingan adalah langkah pertama pemerkasaan. Namun begitu, untuk mengekalkan pemerkasaan selep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Megat Tajudin, Putri Noorafedah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99227/1/IPSAS%202021%202%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebajikan produktif adalah satu strategi dasar penamatan bantuan kebajikan (exit policy) melalui program yang membangunkan keupayaan individu. Penyertaan dalam program kebajikan produktif sebagai usahawan bimbingan adalah langkah pertama pemerkasaan. Namun begitu, untuk mengekalkan pemerkasaan selepas berakhirnya program dan tamatnya bantuan kebajikan merupakan satu cabaran kerana latarbelakang mereka yang terdiri daripada komuniti rentan seperti OKU, ibu tunggal dan keluarga miskin. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka proses pemerkasaan yang mampan dalam kalangan usahawan bimbingan sebuah program kebajikan produktif menerusi tiga persoalan utama iaitu: Bagaimana pemerkasaan dibangunkan semasa mengikuti program kebajikan produktif dalam kalangan usahawan bimbingan? Bagaimana pemerkasaan mampan berlaku dalam kalangan usahawan bimbingan selepas menamatkan bantuan kebajikan? Apakah makna pemerkasaan mampan dalam kalangan usahawan bimbingan? Kajian Kes Kualitatif ini melibatkan lapan orang responden dari Negeri Sembilan yang dipilih secara persampelan bertujuan daripada Program 2 Years Exit Programme. Data dikumpul menerusi temu bual mendalam, pemerhatian tidak turut serta, dan analisis dokumen. Data dianalisis dan diberikan kod, kategori dan sub tema bagi setiap tema utama persoalan kajian. Hasil kajian mendapati usahawan bimbingan membangunkan pemerkasaan dengan membangunkan nilai-nilai yang diperlukan untuk pemerkasaan; membangunkan ciri-ciri usahawan yang berdikari; dan bersikap aktif semasa dalam program. Pemerkasaan mampan berlaku dengan mengaplikasikan strategi daya tindak; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; dan tadbir urus perniagaan yang cekap. Makna pemerkasaan mampan kepada usahawan bimbingan adalah kepuasan membangunkan kehidupan sendiri, kualiti hidup yang meningkat dan keupayaan menjadi usahawan yang altruistik. Pemerkasaan mampan melalui proses pemerkasaan keusahawanan memerlukan usaha yang konsisten daripada usahawan bimbingan, perancangan dan pelaksanaan program yang mengambil kira kemampuan penerima bantuan, serta sokongan keluarga dan komuniti terhadap kelangsungan perniagaan. Pemerkasaan menjadi lebih bermakna apabila penerima bantuan bersedia berdikari melepaskan bantuan malahan membantu golongan yang memerlukan. Kesimpulannya, untuk menamatkan kebergantungan bantuan kebajikan melalui program pembangunan pemerkasaan memerlukan penglibatan semua pihak, jangka masa yang panjang, dan tertakluk kepada kekuatan sumber daya tindak seperti kerohanian, psikologi, cara berfikir, material, dan modal sosial.