Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran menggunakan konsep didik hibur di sekolah dalam hospital di Semenanjung Malaysia
Abstrak merupakan ringkasan keseluruhan tesis dan wajib diberi perhatian rapi sepertimana bahagian tesis yang lain. Abstrak tidak mengandungi bahan rujukan. Nama singkatan atau akronim mesti didahului dengan terminology penuh pada penggunaan kali pertama. Abstrak harus diolah antara 300-500 perk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99284/1/SUGENDRAN%20AL%20NAGANDRAN%20cd%20%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Abstrak merupakan ringkasan keseluruhan tesis dan wajib diberi perhatian rapi
sepertimana bahagian tesis yang lain. Abstrak tidak mengandungi bahan
rujukan. Nama singkatan atau akronim mesti didahului dengan terminology
penuh pada penggunaan kali pertama.
Abstrak harus diolah antara 300-500 perkataan. Abstrak merangkumi
pernyataan permasalahan, penerangan rigkas dan tepat tentang reka bentuk
dan pengkaedahan penyelidikan, rumusan penemuan utama dan kesimpulan.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam melaksanakan
pengajaran menggunakan konsep didik hibur di Sekolah Dalam Hospital (SDH)
di Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan
pengajaran guru berasaskan faktor demografi dengan pengalaman, sikap
memotivasi diri, serta kesihatan fizikal dan mental pelaksanaan konsep didik
hibur dalam kalangan guru SDH. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 95 orang
guru di SDH Semenanjung Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian ini,
instrumen kajian berbentuk kuantitatif digunakan untuk mengumpul data melalui
borang soal selidik. Data maklumbalas respondan dianalisis menggunakan
statistik deskriptif bagi faktor demografi respondan yang meliputi nilai min,
peratusan, dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada
perbandingan yang signifikan ditemui antara faktor demografi (Pemboleh ubah
tidak bersandar) iaitu lokasi SDH, jantina, umur, pengalaman mengajar di SDH
dan kekerapan menggunakan konsep didik hibur dalam pelaksanaan
pengajaran dengan pemboleh ubah bersandar iaitu pengetahuan, memotivasi
diri dan kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan guru. SDH. Kajian ini memberi implikasi ke atas kesediaan guru menggunakan teknik pengajaran
berkonsepkan didik hibur dapat mewujudkan suasana persekitaran yang
kondusif bagi murid-murid di SDH. |
---|