Pengaruh kebolehgunaan, penerimaan dan pengurusan perubahan sistem pengurusan sekolah terhadap keberkesanannya di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia
Sistem maklumat pengurusan pada masa kini memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah organisasi. Sekolah juga tidak ketinggalan dalam penggunaan sistem maklumat dalam pengurusan di sekolah. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk meramal pengaruh di antara kebolehgunaan, penerimaan d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99396/1/WAN%20MARFAZILA%20BINTI%20WAN%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sistem maklumat pengurusan pada masa kini memainkan peranan yang sangat
penting bagi sesebuah organisasi. Sekolah juga tidak ketinggalan dalam
penggunaan sistem maklumat dalam pengurusan di sekolah. Objektif kajian ini
dilakukan adalah untuk meramal pengaruh di antara kebolehgunaan,
penerimaan dan pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah,
meramal jantina guru berperanan sebagai moderator dalam pengaruh
kebolehgunaan, penerimaan dan pengurusan perubahan SPS terhadap
keberkesanan sekolah dan seterusnya membentuk model ramalan yang
sepadan berkaitan dengan kebolehgunaan sps, penerimaan sps dan pengurusan
perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah.
Kajian ini dilakukan mengikut negeri dan zon di semenanjung Malaysia yang
telah terpilih secara rawak iaitu Zon Tengah (Daerah Petaling Perdana,
Selangor), Zon Utara (Daerah Timur Laut, Pulau Pinang), Zon Timur (Daerah
Kota Bahru, Kelantan) dan Zon Selatan (Daerah Johor Bahru, Johor).
Rekabentuk kajian deskriptif dan juga korelasimelalui kaedah tinjauan digunakan
dalam kajian ini. Borang soal selidik di edar kepada 420 orang guru yang
merupakan sampel dalam kajian ini. Pemilihan sampel menggunakan teknik
pensampelan rawak berstrata dan rawak mudah. Lima konstruk yang terlibat
dalam kebolehgunaan SPS yang terdiri daripada kualiti, kualiti maklumat, kualiti
perkhidmatan, kepuasan dan penggunaan. Manakala, empat konstruk untuk
mengukur penerimaan SPS yang terdiri daripada jangkaan prestasi, jangkaan
usaha, pengaruh sosial dan keadaan kemudahan. Seterusnya, lima konstruk
bagi mengukur pengurusan perubahan SPS yang terdiri daripada kesedaran,
keinginan, pengetahuan, keupayaan dan pengukuhan. Data ini dianalisis secara
deskriptif dan inferensi menggunakan IBM SPSS dan AMOS versi 22.0.
Manakala, Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan bagi pengujian
hipotesis.
Hasil analisis statistik deskriptif menunjukkan tahap keberkesanan sekolah
berada pada tahap rendah. Nilai min keseluruhan bagi kebolehgunaan SPS,
penerimaan SPS dan pengurusan perubahan SPS adalah rendah. Hasil analisis
menunjukkan model pengaruh kebolehgunaan SPS, penerimaan SPS dan
pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah mencapai
padanan yang baik berdasarkan nilai (RMSEA=.046, p=.000, CFI=.903, IFI=.903,
TLI=.900 dan CMIN/df=1.815). Pemboleh ubah kebolehgunaan SPS,
penerimaan SPS dan pengurusan perubahan SPS menyumbang secara
keseluruhan sebanyak 64% kepada keberkesanan sekolah. Pemboleh ubah
kebolehgunaan SPS dan penerimaan SPS mempunyai hubungan langsung yang
signifikan dengan keberkesanan sekolah. Sementara itu, jantina didapati bukan
moderator bagi pemboleh ubah kebolehgunaan SPS, penerimaan SPS dan
pengurusan perubahan SPS terhadap keberkesanan sekolah. Implikasinya,
cadangan terhadap pengurusan perubahan SPS patut dipertingkatkan bagi
membantu guru-guru bersedia dan memahami dalam pelaksanaan SPS bagi
meningkatkan lagi keberkesanan sekolah sekali gus pembangunan di sekolah.
Perkara ini penting bagi memastikan guru-guru dapat menerima perubahan yang
berlaku dalam pelaksanaan sesuatu dasar yang baru di sekolah dengan lebih
berkesan.
Aspek kebolehgunaan SPS pula, pengkaji mencadangkan sistem yang
diaplikasikan di sekolah sewajarnya diberi perhatian yang mendalam oleh pihak
atasan agar ianya memberi keberkesanan yang berkesan terhadap sekolah. Ini
bertujuan untuk menggalakkan keberkesanan sekolah yang lebih sistematik
dalam usaha meningkatkan penggunaan sistem pengurusan sekolah (SPS).
Justeru, ketiga-tiga pemboleh ubah ini memainkan peranan penting dalam
membantu meningkatkan kualiti SPS terhadap pembangunan pengurusan di
sekolah. |
---|