Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia

Program Pendidikan Jasmani (PJ) yang berkualiti adalah penting untuk membentuk perkembangan motor kasar kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap pelaksanaan program PJ di sekolah-sekolah rendah di Selangor dan seterusnya menentukan kesan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembanga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Ani Mazlina Dewi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99399/1/ANI%20MAZLINA%20DEWI%20MOHAMED%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.99399
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Abdullah, Borhanuddin
topic Physical education for children - Malaysia
Child psychology
Physical Education and Training - Malaysia
spellingShingle Physical education for children - Malaysia
Child psychology
Physical Education and Training - Malaysia
Mohamed, Ani Mazlina Dewi
Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
description Program Pendidikan Jasmani (PJ) yang berkualiti adalah penting untuk membentuk perkembangan motor kasar kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap pelaksanaan program PJ di sekolah-sekolah rendah di Selangor dan seterusnya menentukan kesan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak. Soal selidik SKPM 2010 diberi kepada 111 guru panitia PJ dan skor penarafan yang direkod digunakan untuk menilai tahap pelaksanaan PJ di sekolah terpilih. Tahap pelaksanaan PJ ini dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Berdasarkan kepada data tahap pelaksanaan tersebut tiga sekolah yang berbeza tahap pelaksanaan (tinggi, sederhana dan rendah) telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian seterusnya. Untuk menentukan keberkesanan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak, skor ujian kemahiran motor kasar direkodkan. Ujian ini menggunakan instrumen Test of Gross Motor Development 2 (TGMD-2) yang melibatkan 12 kemahiran lokomotor (berlari, gallop, lari sisi, lenting, lompat sebelah kaki dan lompat jauh berdiri) dan kemahiran manipulatif (pukul bola pegun, menendang bola, menggolek bola, membaling bola, menangkap bola dan melantun bola). Kajian ini melibatkan 605 kanak-kanak (308 lelaki dan 297 perempuan) berumur 7 hingga 9 tahun daripada 3 sekolah yang terpilih. Turut direkod adalah pemboleh ubah kovariat Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI), kegiatan aktiviti fizikal (SKAF), dan status sosioekonomi (SES) bagi menentukan hasil perbezaan adalah bukan dipengaruhi oleh pemboleh ubah ini. Keputusan yang diperolehi daripada bahagian pertama kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya tahap pelaksanaan PJ di sekolah rendah di Selangor adalah di tahap sederhana. Aspek kepimpinan yang berimpak tinggi dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan organisasi sekolah yang cekap dan berkesan mengurus sumber dalam dan luaran perlu ditingkatkan untuk memastikan tahap pelaksanaan PJ di tahap yang tinggi, 3) keberkesanan dan kecekapan pengurusan kurikulum, kokurikulum, sukan dan Hal Ehwal Murid melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, 4) perancangan guru dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi dan 5) keberhasilan Pendidikan Jasmani melahirkan murid yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri. Antara isu yang dikenalpasti dalam pengurusan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah ialah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar PJ dengan berkesan. Berdasarkan analisis MANOVA yang dijalankan untuk membandingkan skor pra dan skor pasca perkembangan motor kasar di antara tiga tahap pelaksanaan program PJ bagi semua kumpulan umur mendapati terdapat kesan yang signifikan tahap pelaksanaan PJ terhadap skor perkembangan motor kasar kanak-kanak. Walaubagaimana pun, keputusan univariat F skor pra perkembangan motor kasar bagi kumpulan umur 7 tahun menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi skor Age Equiavalent Locomotor (AEL) manakala kumpulan umur 8 tahun pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi semua skor perkembangan motor kecuali Age Equivalent Manipulative (AEM). Keputusan univariat F skor pasca perkembangan motor kasar bagi kumpulan umur 7 tahun menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi Skor Piawai Lokomotor (SPL) dan Age Equivalent Locomotor (AEL) manakala kumpulan umur 9 tahun pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi semua skor perkembangan motor kecuali Gross Motor Development Quotient (GMDQ). Analisis MANCOVA menunjukkan masih terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan Program Pendidikan Jasmani terhadap skor pra dan pasca perkembangan motor kasar walaupun selepas kawalan dibuat ke atas faktor-faktor lain (BMI, SKAF dan SES). Kesimpulannya, tahap pelaksanaan yang berbeza mempengaruhi perkembangan kemahiran motor. Oleh itu, sekolah perlu memastikan pelan yang berkesan untuk menyediakan memastikan pelaksanaan Program PJ yang berkualiti tinggi dalam mencapai matlamat meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Mohamed, Ani Mazlina Dewi
author_facet Mohamed, Ani Mazlina Dewi
author_sort Mohamed, Ani Mazlina Dewi
title Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
title_short Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
title_full Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
title_fullStr Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
title_full_unstemmed Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
title_sort kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di selangor, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99399/1/ANI%20MAZLINA%20DEWI%20MOHAMED%20-%20IR.pdf
_version_ 1776100329040904192
spelling my-upm-ir.993992023-04-04T03:40:32Z Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia 2020-03 Mohamed, Ani Mazlina Dewi Program Pendidikan Jasmani (PJ) yang berkualiti adalah penting untuk membentuk perkembangan motor kasar kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap pelaksanaan program PJ di sekolah-sekolah rendah di Selangor dan seterusnya menentukan kesan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak. Soal selidik SKPM 2010 diberi kepada 111 guru panitia PJ dan skor penarafan yang direkod digunakan untuk menilai tahap pelaksanaan PJ di sekolah terpilih. Tahap pelaksanaan PJ ini dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Berdasarkan kepada data tahap pelaksanaan tersebut tiga sekolah yang berbeza tahap pelaksanaan (tinggi, sederhana dan rendah) telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian seterusnya. Untuk menentukan keberkesanan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak, skor ujian kemahiran motor kasar direkodkan. Ujian ini menggunakan instrumen Test of Gross Motor Development 2 (TGMD-2) yang melibatkan 12 kemahiran lokomotor (berlari, gallop, lari sisi, lenting, lompat sebelah kaki dan lompat jauh berdiri) dan kemahiran manipulatif (pukul bola pegun, menendang bola, menggolek bola, membaling bola, menangkap bola dan melantun bola). Kajian ini melibatkan 605 kanak-kanak (308 lelaki dan 297 perempuan) berumur 7 hingga 9 tahun daripada 3 sekolah yang terpilih. Turut direkod adalah pemboleh ubah kovariat Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI), kegiatan aktiviti fizikal (SKAF), dan status sosioekonomi (SES) bagi menentukan hasil perbezaan adalah bukan dipengaruhi oleh pemboleh ubah ini. Keputusan yang diperolehi daripada bahagian pertama kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya tahap pelaksanaan PJ di sekolah rendah di Selangor adalah di tahap sederhana. Aspek kepimpinan yang berimpak tinggi dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan organisasi sekolah yang cekap dan berkesan mengurus sumber dalam dan luaran perlu ditingkatkan untuk memastikan tahap pelaksanaan PJ di tahap yang tinggi, 3) keberkesanan dan kecekapan pengurusan kurikulum, kokurikulum, sukan dan Hal Ehwal Murid melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, 4) perancangan guru dan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi dan 5) keberhasilan Pendidikan Jasmani melahirkan murid yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri. Antara isu yang dikenalpasti dalam pengurusan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah ialah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar PJ dengan berkesan. Berdasarkan analisis MANOVA yang dijalankan untuk membandingkan skor pra dan skor pasca perkembangan motor kasar di antara tiga tahap pelaksanaan program PJ bagi semua kumpulan umur mendapati terdapat kesan yang signifikan tahap pelaksanaan PJ terhadap skor perkembangan motor kasar kanak-kanak. Walaubagaimana pun, keputusan univariat F skor pra perkembangan motor kasar bagi kumpulan umur 7 tahun menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi skor Age Equiavalent Locomotor (AEL) manakala kumpulan umur 8 tahun pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi semua skor perkembangan motor kecuali Age Equivalent Manipulative (AEM). Keputusan univariat F skor pasca perkembangan motor kasar bagi kumpulan umur 7 tahun menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi Skor Piawai Lokomotor (SPL) dan Age Equivalent Locomotor (AEL) manakala kumpulan umur 9 tahun pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi semua skor perkembangan motor kecuali Gross Motor Development Quotient (GMDQ). Analisis MANCOVA menunjukkan masih terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan Program Pendidikan Jasmani terhadap skor pra dan pasca perkembangan motor kasar walaupun selepas kawalan dibuat ke atas faktor-faktor lain (BMI, SKAF dan SES). Kesimpulannya, tahap pelaksanaan yang berbeza mempengaruhi perkembangan kemahiran motor. Oleh itu, sekolah perlu memastikan pelan yang berkesan untuk menyediakan memastikan pelaksanaan Program PJ yang berkualiti tinggi dalam mencapai matlamat meningkatkan kemahiran motor kanak-kanak. Physical education for children - Malaysia Child psychology Physical Education and Training - Malaysia 2020-03 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99399/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99399/1/ANI%20MAZLINA%20DEWI%20MOHAMED%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Physical education for children - Malaysia Child psychology Physical Education and Training - Malaysia Abdullah, Borhanuddin