Hubungan antara keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri dan sokongan sosial dengan persepsi kebolehsuaian kerjaya pelajar kolej vokasional di Selangor, Malaysia

Kemahiran untuk bekerja adalah penting bagi mencorakkan pasaran pekerjaan dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Kini, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran dalam menyesuaikan diri dengan pekerjaan. Era Revolusi Perindustrian Keempat yang bercirikan teknologi digital dan automasi memerlukan ind...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zahari, Zulhazmi
格式: Thesis
語言:English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99414/1/ZULHAZMI%20BIN%20ZAHARI%20-%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kemahiran untuk bekerja adalah penting bagi mencorakkan pasaran pekerjaan dalam Revolusi Perindustrian 4.0. Kini, seseorang individu perlu mempunyai kemahiran dalam menyesuaikan diri dengan pekerjaan. Era Revolusi Perindustrian Keempat yang bercirikan teknologi digital dan automasi memerlukan individu yang berkebolehan dan berkemahiran dalam pekerjaan. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan kolej vokasional. Sehubungan itu, kajian berbentuk kolerasi ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri, sokongan sosial, dan kebolehsuaian kerjaya, serta peramal-peramal signifikan kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar tahun akhir program diploma kolej vokasional di Selangor. Kajian kuantitatif ini menggunakan sampel seramai 226 orang pelajar dari lapan kolej vokasional di Selangor yang telah dipilih secara persampelan rawak berstrata daripada kalangan pelajar yang mengikuti bidang pengajian berbeza. Borang soal selidik berskala likert telah digunakan untuk mengumpul data sampel kajian. Statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferens telah digunakan untuk menganalisis data kajian berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang telah dibentuk. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebolehsuaian kerjaya pelajar berada pada tahap yang sederhana (M = 4.16, SP = 0.37). Dapatan menunjukkan bahawa hubungan antara keprihatinan kerjaya terhadap kebolehsuaian kerjaya adalah positif yang kuat (r = 0.536, p < 0.05) manakala orientasi matlamat kendiri (r = 0.401, p < 0.05), dan sokongan sosial (r = 0.451, p < 0.05) terhadap kebolehsuaian kerjaya pelajar-pelajar kolej vokasional adalah positif yang sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa keprihatinan kerjaya, orientasi matlamat kendiri, dan sokongan sosial adalah peramal-peramal signifikan kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar kolej vokasional di Selangor dengan menyumbang sebanyak 36.5%. Kajian menyarankan agar bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) dengan kerjasama para pendidik dan kaunselor perlu meningkatkan lagi usaha dengan menyampaikan kepentingan kebolehsuaian kerjaya dan turut merangka program yang dapat mengoptimumkan pelaksanaan strategistrategi yang berkaitan dengan aspek keprihatinan kerjaya masa hadapan, orientasi matlamat kendiri, dan sokongan sosial untuk memperkasakan lagi kebolehsuaian kerjaya dalam kalangan pelajar.