Kohesi wacana naratif lima rasul dalam surah Al-A'raf

Dalam al-Quran terdapat pelbagai kisah yang dipamerkan, antaranya kisah Nabi Nuh AS, Nabi Hud AS, Nabi Salih AS, Nabi Lut AS dan Nabi Syuaib AS. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan setiap struktur utama kisah lima rasul ini, kerana dengannya berdiri sebuah wacana naratif. Ianya d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Edaham
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99416/1/FBMK%202021%2051%20UPMIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam al-Quran terdapat pelbagai kisah yang dipamerkan, antaranya kisah Nabi Nuh AS, Nabi Hud AS, Nabi Salih AS, Nabi Lut AS dan Nabi Syuaib AS. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan setiap struktur utama kisah lima rasul ini, kerana dengannya berdiri sebuah wacana naratif. Ianya dibentuk daripada unit-unit kecil yang dipanggil elemen yang dihubungkan secara kohesi (perkaitan secara bahasa) dan koheren (perkaitan secara makna) untuk menjadi sebuah wacana naratif unggul dan menggambarkan identitinya yang sebenar. Kelima-lima wacana naratif ini diletakkan seiring pada tempatnya yang pertama dalam surah al-Aʿrāf, menimbulkan persoalan kenapa ianya tidak diasingkan seperti kisah-kisah yang lain. Bagi merungkaikannya, teori kohesi dan koheren digunakan bagi melihat perkaitannya dan tanpa perkaitan, mesej yang hendak disampaikan menjadi kabur. Kedua-dua teori ini belum diaplikasikan secara menyeluruh dalam teks wacana naratif yang digabungkan yang berbentuk argumentatif. Kajian kohesi adalah penting untuk menunjukkan keistimewaan yang tertentu yang terdapat dalam al-Quran yang berbeza dengan teks lain seperti disarankan (al-Shenqeeti, 2019). Oleh itu, kajian kohesi yang berpusatkan teks adalah diperlukan serta digandingkan bersama koheren. Hal ini kerana koheren dapat menggambarkan aliran idea yang lancar, kejelasan dan keutuhan yang dapat difahami daripada sesuatu teks, serta terdapat kekurangan kajian koheren dalam teks wacana naratif al-Quran dalam perspektif linguistik moden seperti dijelaskan (Abdul Rauf, 2019). Justeru, objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur wacana naratif lima rasul dalam surah al-Aʿrāf, menganalisis jenis dan alat kohesi dalam setiap struktur wacana naratif yang dibentuk untuk mempamerkan keutuhannya, dan merumus corak elemen kohesi yang digunakan dalam koheren yang tertentu. Bagi memenuhi objektif kajian tersebut teori kohesi Halliday dan Hasan (1976) dan teori koheren Mann dan Thompson (1988) digunakan sebagai panduan dalam menganalisis teks ini. Kajian menemui wacana naratif lima rasul dibina atas enam struktur asas utama, iaitu mukadimah, ajakan, hujah kaum, hujah balas para nabi, kesudahan dan penutup. Di samping itu, kohesi pengulangan sempurna, pengulangan tidak sempurna dan sinonim digunakan dalam kohesi secara global yang merentasi struktur mukadimah, kandungan dan penutup dan ianya merupakan ciri yang dominan. Kohesi kolokasi, antonim, superordinat digunakan dalam kohesi lokal, iaitu merentasi ayat yang berdekatan dan merupakan ciri utamanya. Kohesi global dan lokal ini hadir dalam bentuk gabungan dan tunggal serta hadir pada peringkat perkataan dengan perkataan, perkataan dengan ayat dan ayat dengan ayat. Dari segi koheren, terdapat persamaan dan perbezaan, seperti koheren justifikasi dengan bukti dari segi intuisi dan ajakan, koheren elaborasi dengan interpretasi dari segi huraian dan penjelasan. Jenis-jenis kohesi leksikal tertentu menunjukkan suatu makna yang signifikan dengan koheren tertentu, seperti kohesi kolokasi menunjukkan makna koheren justifikasi dan interpretasi. Beberapa elemen baharu dapat dikenal pasti, iaitu elemen elaborasi subjek dan sifat, elemen hasil, elemen akibat, dan penutup yang dapat dibahagikan kepada dua kesimpulan. Kajian merumuskan wujudnya kepelbagaian bentuk dan jenis kohesi leksikal dan koheren yang digarap dalam wacana naratif lima rasul, dapat menghasilkan model kohesi dan koheren yang mengetengahkan kaedah penulisan yang berbentuk hujahan serta model berhujah yang berkesan. Model ini perlu dikembangkan dalam bidang pendidikan dan dakwah sebagai alternatif kepada model yang sedia ada.