Pentakrifan entri dialek Kelantan dalam Kamus Dewan edisi keempat

Fungsi kamus yang paling penting adalah sebagai sumber rujukan makna pada sesuatu perkataan. Pengguna menggunakan kamus bercetak, elektronik mahupun digital untuk mencari dan memahami makna yang tepat pada sesuatu perkataan. Walau bagaimanapun, bidang perkamusan mempunyai masalah dalam pengkaj...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hassan, Noor Roza
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99560/1/FBMK%202021%2011%20UPMIR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Fungsi kamus yang paling penting adalah sebagai sumber rujukan makna pada sesuatu perkataan. Pengguna menggunakan kamus bercetak, elektronik mahupun digital untuk mencari dan memahami makna yang tepat pada sesuatu perkataan. Walau bagaimanapun, bidang perkamusan mempunyai masalah dalam pengkajian dan pentakrifan makna pada sesuatu perkataan kerana perbezaan bentuk pentakrifan (Hasnah, 2008) dan cara persembahan maklumat bagi sesuatu golongan kata juga berbeza antara kamus umum dengan kamus khusus (Ibrahim, 2005). Natijah daripada masalah yang dinyatakan itu, maka Kamus Dewan edisi keempat (KD4) telah memperlihatkan pentakrifan entri dialek Kelantan (DK) yang kurang tepat kerana berlakunya pertumpangtindihan makna yang berlingkaran. Masalah ini menyebabkan berlakunya kekeliruan makna kepada pengguna. Bagi mengatasi masalah tersebut, kajian ini telah merangka tiga objektif yang penting, iaitu untuk mengenal pasti entri DK yang bermasalah pentakrifan dalam KD4 berdasarkan prinsip perkamusan, menghuraikan pentakrifan makna entri DK berdasarkan Teori Analisis Komponen Makna (1975) dan menghasilkan satu bentuk pentakrifan baharu bagi entri DK dalam KD4. Bagi mencapai objektif kajian, sebanyak sepuluh entri DK dalam KD4 telah dipilih sebagai data kajian, iaitu cedas, cendas, cerung, darat, dedes, gagar, gasor, gaya, gelenyar dan jadar. Metodologi kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan melibatkan penelitian perbezaan pentakrifan makna yang terkandung dalam KD4 dan semua bahan bertulis yang berhubungan dengan kajian. Kajian lapangan melibatkan sebanyak 30 orang informan dari tiga buah daerah di negeri Kelantan, temu bual dan rakaman audio. Dapatan kajian yang dilakukan telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna dengan mengenal pasti entri DK yang bermasalah pentakrifan dalam KD4, berjaya menghuraikan pentakrifan makna entri DK berdasarkan Teori Analisis Komponen Makna (1975) dan dapat menghasilkan satu bentuk pentakrifan baharu entri dialek. Justeru, usaha merumuskan pentakrifan entri dialek Kelantan dalam KD4 oleh pengkaji menjadi satu titik permulaan penyemakan semula bentuk pentakrifan dalam KD terutama makna kata dialek.