Eksploitasi maksim prinsip kerjasama dalam dialog filem Melayu

Eksploitasi merujuk kepada ujaran yang sengaja tidak mematuhi Maksim Prinsip Kerjasama (MPK) tetapi mematuhi Prinsip Kerjasama (PK). MPK membantu menghasilkan satu ujaran yang jelas dan dapat mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Namun, MPK ini dieksploitasi oleh penutur untuk menghasil...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hasan, Norhidayu
格式: Thesis
語言:English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99565/1/FBMK%202022%205%20UPMIR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Eksploitasi merujuk kepada ujaran yang sengaja tidak mematuhi Maksim Prinsip Kerjasama (MPK) tetapi mematuhi Prinsip Kerjasama (PK). MPK membantu menghasilkan satu ujaran yang jelas dan dapat mengurangkan salah faham dalam komunikasi. Namun, MPK ini dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan ujaran yang perlu diinterpretasi maknanya melangkaui makna harfiah. Interpretasi pada peringkat harfiah atau semantik sahaja tidak akan menunjukkan makna sebenar penutur dan berisiko menyebabkan salah faham. Analisis dilakukan terhadap dialog filem Melayu berdasarkan tiga objektif iaitu mengenal pasti eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem, menganalisis perbualan masyarakat Melayu yang mengeksploitasi MPK menerusi filem menggunakan Teori Perbualan Grice dan Relevans dan menganalisis struktur perbualan secara langsung yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan Teori Perbualan Grice dan Teori Relevan dalam analisis data. Sebanyak 20 buah filem Melayu sekitar tahun 1950-an sehingga 1960-an dijadikan bahan kajian. Pemilihan 20 filem tersebut adalah kerana penggunaan implikatur secara meluas dalam dialog filem terpilih serta dialog terhasil daripada pemikiran, falsafah, estetika dan pegangan masyarakat Melayu. Analisis kajian mendapati bahawa eksploitasi MPK dikesan dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem terpilih. Sebanyak 981 ujaran dapat dikenal pasti sebagai eksploitasi MPK. Maksim Kualiti Prinsip Kerjasama (MKLPK) menunjukkan jumlah eksploitasi yang tertinggi iaitu sebanyak 603 ujaran. Kajian turut mendapati ujaran yang mengeksploitasi MPK ini dapat difahami dengan lebih tepat apabila pendengar menggunakan konteks andaian tentang dunia menerusi TPG dan perkaitan antara input dengan konteks seperti mana yang ditekankan dalam TR. Analisis eksploitasi MPK berdasarkan pendekatan pragmatik dilihat berwibawa menjelaskan makna sebenar implikatur yang tercetus. Selain itu juga, perbualan yang mengeksploitasi MPK dalam dialog filem Melayu juga memaparkan kepelbagaian struktur eksploitasi. Setiap struktur eksploitasi ini mempunyai ciri yang ketara dan berbeza untuk kesemua jenis MPK. Kepelbagaian struktur eksploitasi MPK ini dapat dilihat menerusi perkataan, frasa, atau ayat yang digunakan. Kajian ini membuktikan bahawa eksploitasi tidak menjejaskan proses penyampaian maklumat yang tepat dalam perbualan. Kehadiran eksploitasi MPK dalam perbualan masyarakat Melayu menerusi filem dapat memperlihatkan lagi ciri berbahasa masyarakat Melayu yang tidak memenuhi panduan asas perbualan tetapi dapat menghubungkan konsep kerjasama iaitu memberikan sumbangan yang berkesan dalam perbualan.