Peristiwa bahasa berdasarkan konsep arif budiman dalam novel Nanyang

Nilai yang baik menjadi teras pembentukan jati diri seseorang individu. Penghayatan terhadap nilai yang baik dapat melahirkan modal insan yang menyanjung tinggi agama, adat dan budaya bangsanya. Walau bagaimanapun, penghayatan nilai murni dilihat semakin berkurangan, santun dan budi bahasa dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shaharuddin, Adiba Nur'Ain
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99589/1/ADIBA%20NUR%E2%80%99AIN%20BINTI%20SHAHARUDDIN%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nilai yang baik menjadi teras pembentukan jati diri seseorang individu. Penghayatan terhadap nilai yang baik dapat melahirkan modal insan yang menyanjung tinggi agama, adat dan budaya bangsanya. Walau bagaimanapun, penghayatan nilai murni dilihat semakin berkurangan, santun dan budi bahasa dalam kalangan masyarakat juga semakin merosot. Selain itu, pemahaman masyarakat tentang konsep Arif Budiman juga masih samar sehingga menyebabkan konsep ini sukar direalisasikan. Dalam hal ini, konsep Arif Budiman dapat membentuk insan yang berilmu pengetahuan, berkeperibadian mulia dan bersedia untuk menabur bakti. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkategorikan peristiwa bahasa dalam novel pilihan berdasarkan Kerangka Konsep Komponen Komunikasi Muriel Saville-Troike (2003). Seterusnya, menganalisis peristiwa tersebut menggunakan konsep Arif Budiman yang telah diperkenalkan oleh Azhar Ibrahim Alwee (2011). Komponen Komunikasi Muriel Saville-Troike merangkumi sepuluh komponen, iaitu genre, topik, tujuan, latar, peserta, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan perilaku, peraturan interaksi dan norma interpretasi. Konsep Arif Budiman pula mencakupi sepuluh ciri, iaitu (1) akur akan haknya, (2) bertanggungjawab, (3) akal memperteguh sistem nilai, (4) progresif, kritis dan kreatif, (5) bangga akan bangsa dan budaya, (6) menghormati masyarakat berbudaya, (7) teguh meyakini agama, (8) keberanian moral, (9) menangkis sikap prejudis dan (10) akur akan sejarah. Data kajian sebanyak 37 peristiwa bahasa dikumpul daripada novel Nanyang (2015), karya Hafizah Iszahanid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan teks. Kajian mendapati bahawa terdapat 188 kekerapan bagi komponen komunikasi yang dapat dikenal pasti. Komponen “genre” dan “peserta” hadir dalam keseluruhan peristiwa bahasa (19.7%) diikuti “tujuan” (15.6%) dan “topik” (15.4%), manakala komponen “peraturan interaksi” (0.5%) dan urutan perilaku (0.5%) mempunyai kekerapan yang paling rendah. Analisis menunjukkan bahawa terdapat 71 kekerapan peristiwa bahasa dalam novel Nanyang yang mempunyai perkaitan erat dengan konsep Arif Budiman. Ciri Arif Budiman yang paling dominan dalam novel ialah “akal memperteguh sistem nilai” (26.8%), diikuti “bertanggungjawab” (16.9%), manakala kedudukan paling rendah ialah ciri “akur akan sejarah” (1.4%). Kajian ini diharap dapat menambah pengetahuan masyarakat, terutamanya generasi muda tentang kepentingan untuk menghayati konsep Arif Budiman dalam kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, konsep ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat untuk mengamalkan sistem nilai yang baik dan memperkukuh jati diri bangsa walau di mana sahaja berada.