Identiti Melayu dalam novel pemenang sayembara fiksyen sains dan teknologi berdasarkan kerangka teori sistem pemikiran bersepadu

Identiti Melayu dalam novel fiksyen sains dan teknologi bermaksud ciri-ciri atau sifat istimewa yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang membezakannya dengan masyarakat lain di Malaysia. Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi dari tahun 2010...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Zain, Rosnani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99612/1/ROSNANI%20BINTI%20MD%20ZAIN%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Identiti Melayu dalam novel fiksyen sains dan teknologi bermaksud ciri-ciri atau sifat istimewa yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang membezakannya dengan masyarakat lain di Malaysia. Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi dari tahun 2010 hingga 2017, mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa panel penilai Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi kerana dikatakan novel-novel yang dihasilkan dari sayembara tersebut kurang menerapkan aspek identiti Melayu. Tambahan lagi, terdapat juga kritikan daripada para sarjana tempatan yang mendakwa novel-novel yang dihasilkan kurang memaparkan identiti Melayu dan lebih cenderung meniru gaya penulisan fiksyen sains dan teknologi Barat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasi aspek identiti Melayu, menganalisis aspek identiti Melayu (berdasarkan kerangka teori SPB4K) dan merumuskan aspek identiti Melayu yang dominan terdapat dalam novel-novel kajian. Metodologi berbentuk kualitatif iaitu kepustakaan dan analisis teks digunakan dalam kajian ini. Sampel data yang digunakan ialah sebanyak 20 buah novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi dari tahun 2010 hingga 2017. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat komponen identiti Melayu dalam novel-novel kajian iaitu identiti Melayu dalam aspek sosiobudaya, intelektual, estetika dan peradaban. Identiti Melayu dalam aspek sosiobudaya merangkumi aspek kekeluargaan, kemasyarakatan dan kepercayaan. Identiti Melayu dalam aspek intelektual pula memperlihatkan aspek kebijaksanaan dan kebolehan masyarakat Melayu mereka cipta teknologi untuk kegunaan mereka. Manakala identiti Melayu dalam aspek estetika pula mengetengahkan bentuk-bentuk bahasa iaitu peribahasa, bahasa Melayu formal dan bahasa rojak. Seterusnya ialah identiti Melayu dalam aspek peradaban yang mengetengahkan kepentingan pendidikan sains dan teknologi serta gaya kepimpinan yang baik untuk membangunkan peradaban Melayu. Kajian yang dilakukan ini juga mendapati bahawa novel-novel yang dikaji tidak sepenuhnya mengandungi aspek identiti Melayu. Namun begitu, intelektual merupakan identiti Melayu yang dominan dalam novel-novel kajian. Signifikan kajian ini ialah penemuan aspek identiti Melayu dalam novel fiksyen sains dan teknologi di Malaysia yang tidak sepenuhnya mengikut acuan tempatan bersesuaian dengan agama, bahasa dan budaya masyarakat Melayu. Selain itu, diharapkan juga penemuan ini dapat membantu ke arah penerbitan novel fiksyen sains dan teknologi yang mengandungi aspek identiti Melayu dalam dimensi sains dan teknologi.