Pendekatan dakwah dalam manuskrip Syair Dagang

Syair Dagang merupakan sebuah syair keagamaan yang tergolong dalam syair berbentuk nasihat. Syair Dagang begitu popular dan seringkali dikaitkan dengan seorang sarjana, cendekiawan, ilmuan dan penyair yang tidak asing lagi, iaitu Hamzah Fansuri. Namun, Syair Dagang yang didokumentasikan di Mal...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Rahman, Mohd Muhaimi
格式: Thesis
語言:English
出版: 2022
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99646/1/FBMK%202022%2014%20UPMIR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Syair Dagang merupakan sebuah syair keagamaan yang tergolong dalam syair berbentuk nasihat. Syair Dagang begitu popular dan seringkali dikaitkan dengan seorang sarjana, cendekiawan, ilmuan dan penyair yang tidak asing lagi, iaitu Hamzah Fansuri. Namun, Syair Dagang yang didokumentasikan di Malaysia masih kurang dikaji walaupun terdapat beberapa versi manuskrip Syair Dagang yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Kajian dilakukan untuk memenuhi tiga objektif. Objektif pertama ialah mentransliterasi manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160). Objektif kedua ialah menganalisis pendekatan dakwah yang digunakan dalam manuskrip Syair Dagang. Objektif ketiga ialah merumuskan pendekatan dakwah dalam manuskrip Syair Dagang. Kajian menggunakan empat versi manuskrip Syair Dagang, iaitu Syair Dagang Adanya (MSS 3160), Syair Anak Dagang (MSS 3862), Syair Anak Dagang (MSS 3303) dan Syair Anak Dagang (MSS 3532). Manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160) dijadikan sebagai manuskrip utama, iaitu sumber primer (manuskrip A) manakala tiga versi lain dijadikan sebagai manuskrip sampingan. Manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160) ditransliterasikan daripada tulisan Jawi kepada Rumi dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan dakwah menurut Model Pembujukan Dakwah oleh Nor Raudah Siren, iaitu al-hikmah, al-mawizah al-hasanah dan al-mujadalah. Ketiga-tiga pendekatan dakwah adalah berdasarkan dakwah Nabi Muhammad SAW sebagaimana terkandung dalam Surah al-Nahl (16:25). Dapatan mendapati bahawa manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160) dan Syair Anak Dagang (MSS 3862) merupakan karya Hamzah Fansuri. Hasil kajian mendapati bahawa manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160) merupakan sebuah karya yang mengisahkan tentang pengembaraan seorang sufi yang diriwayatkan sebagai dagang. Manuskrip Syair Dagang Adanya (MSS 3160) kaya dengan teladan, pengajaran, hukum-hakam dalam Islam, seperti rukun iman dan rukun Islam. Selain itu, Syair Dagang Adanya (MSS 3160) kaya dengan ilmu-ilmu seperti syarat berniaga, syarat menjadi nakhoda dan syarat mencari jodoh. Nasihat-nasihat seperti nasihat buat anak, nasihat bersahabat dan nasihat agama dapat dijadikan sempadan supaya sasaran dakwah lebih berhati-hati dan berwaspada dengan tindakan yang dilakukan. Kesimpulannya, penyelenggaraan manuskrip berjaya merungkai pelbagai persoalan tentang manuskrip Syair Dagang dengan lebih menyeluruh, manakala analisis pendekatan dakwah menurut Model Pembujukan Dakwah oleh Nor Raudah Siren dapat menjelaskan tentang gaya persembahan dakwah yang baik dan menarik dalam Syair Dagang, sekali gus membantu keberkesanan penyampaian mesej dakwah. Keindahan dakwah Islam di samping nilai-nilai murni boleh digunakan sebagai panduan dalam menempuh kehidupan seharian.