Adab hubungan kekeluargaan dalam cerita rakyat Melayu

Penyelidikan ini mengenai adab hubungan kekeluargaan dalam cerita rakyat Melayu. Masyarakat Melayu tradisi menjadikan cerita rakyat sebagai wahana hiburan dan menyampaikan nasihat dan pelajaran kepada masyarakat. Antaranya, mendidik individu dan masyarakat agar berperlakuan baik dan beradab dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mamat, Siti Fatimah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99649/1/SITI%20FATIMAH%20BINTI%20MAMAT%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini mengenai adab hubungan kekeluargaan dalam cerita rakyat Melayu. Masyarakat Melayu tradisi menjadikan cerita rakyat sebagai wahana hiburan dan menyampaikan nasihat dan pelajaran kepada masyarakat. Antaranya, mendidik individu dan masyarakat agar berperlakuan baik dan beradab dalam kehidupan seharian. Menurut R. O. Winstedt (1961: 139), cerita rakyat Melayu dianggap cerita yang penuh dengan unsur mitos dan tidak berpijak di bumi nyata. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan bahawa cerita rakyat Melayu sarat dengan nilai-nilai baik seperti elemen adab. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengklasifikasikan adab dalam hubungan kekeluargaan berdasarkan cerita rakyat Melayu, kedua menganalisis adab dalam hubungan kekeluargaan berdasarkan cerita rakyat Melayu dan merumuskan adab dalam hubungan kekeluargaan berdasarkan cerita rakyat Melayu. Untuk mencapai objektif kajian, kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif iaitu kajian lapangan dan kajian kepustakaan. Di samping itu, kajian ini turut berlandaskan Kerangka Adab yang dikemukakan oleh Marwan Ibrahim Al-Kaysi (1986), yang mengandungi elemen hubungan kekeluargaan iaitu, adab anak terhadap ibu bapa, adab ibu bapa terhadap anak, adab isteri terhadap suami dan adab suami terhadap isteri. Hasilnya, kajian ini dapat membuktikan bahawa cerita rakyat Melayu sememangnya sarat dengan adab iaitu adab dalam hubungan kekeluargaan.