Ketaksaan dalam laporan berita sukan bola sepak

Penggunaan kata dan ungkapan yang tidak jelas dalam laporan berita sukan bola sepak dalam talian adakala menimbulkan ketaksaan dan kekeliruan makna kepada pembaca. Namun, kehadiran kata dan ungkapan yang bersifat taksa ini bukanlah suatu kesalahan, sebaliknya hanyalah perbezaan interpretasi dan pema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasruddin, Abir Wardati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99653/1/FULL%20THESIS%281%29%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan kata dan ungkapan yang tidak jelas dalam laporan berita sukan bola sepak dalam talian adakala menimbulkan ketaksaan dan kekeliruan makna kepada pembaca. Namun, kehadiran kata dan ungkapan yang bersifat taksa ini bukanlah suatu kesalahan, sebaliknya hanyalah perbezaan interpretasi dan pemahaman khususnya oleh pembaca. Tambahan pula, untuk mengesan ketaksaan ini merupakan suatu cabaran intelektual yang memerlukan pemahaman yang mendalam dan pengetahuan yang luas. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis ketaksaan leksikal, ketaksaan gramatikal, dan ketaksaan figuratif dalam laporan berita sukan bola sepak serta merumuskan aspek bahasa yang menimbulkan ketaksaan dalam laporan berita sukan bola sepak. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks untuk mengumpul 22 laporan berita sukan bola sepak sebagai data kajian daripada 32 laporan berita sukan. Laporan berita sukan bola sepak ini diperoleh daripada laman sesawang Berita Harian dan Sinar Harian menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan Teori Relevans (1995). Hasil kajian mendapati daripada 22 data kajian, sebanyak 4 data yang memperlihatkan ketaksaan leksikal, 4 data memperlihatkan ketaksaan gramatikal dan 14 memperlihatkan ketaksaan figuratif dalam laporan berita sukan bola sepak. Ketaksaan leksikal, ketaksaan gramatikal, dan ketaksaan figuratif yang menimbulkan maksud yang mengelirukan telah dapat dianalisis menggunakan Teori Relevans. Di samping itu, ketaksaan dalam laporan berita sukan bola sepak turut memperlihatkan kebolehan seseorang penulis itu menggunakan perkataan dan ungkapan yang mempunyai unsur polisemi, paradoks, kiasan, homonim, metafora, konotasi, dan sebagainya untuk mengolah bahasa penulisan laporan mereka dengan kreatif dan imaginatif.