Strategi bertutur dalam kalangan pendebat bahasa arab di peringkat pra-universiti

Pelajar yang menyertai aktiviti debat perlu memiliki kemahiran berkomunikasi lisan yang berkesan baik dari segi penyampaian idea mahupun kehalusan bahasa. Seseorang pendebat yang fasih perlu menyampaikan hujah dengan seimbang, informatif, dan difahami. Dalam hal ini, penggunaan strategi bertutur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Ahmad Syahmi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99662/1/AHMAD%20SYAHMI%20BIN%20MOHAMED%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar yang menyertai aktiviti debat perlu memiliki kemahiran berkomunikasi lisan yang berkesan baik dari segi penyampaian idea mahupun kehalusan bahasa. Seseorang pendebat yang fasih perlu menyampaikan hujah dengan seimbang, informatif, dan difahami. Dalam hal ini, penggunaan strategi bertutur yang berbeza- beza dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam menghasilkan komunikasi lisan yang berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti strategi bertutur yang digunakan oleh pendebat bahasa Arab, serta menganalisis cara penggunaan strategi ini dalam proses perdebatan. Responden yang dipilih merupakan peserta debat yang menjuarai debat bahasa Arab peringkat IPT, manakala data diperoleh daripada rakaman video pertandingan debat serta temu bual dengan responden yang dipilih. Dapatan kajian kemudiannya dianalisis menggunakan Teori Strategi Komunikasi. Hasil kajian mendapati bahawa para pendebat menggunakan pengabaian mesej dan pengelakan topik; iaitu substrategi di bawah strategi pengelakan, serta penganggaran, kata ciptaan dan penghuraian berjela di bawah strategi parafrasa. Para pendebat juga kerap menggunakan terjemahan literal, rayuan kerjasama, penukaran bahasa dan mimik bagi strategi pemindahan. Kajian turut mendapati satu lagi substrategi baharu yang menjadi cabang kepada strategi terjemahan literal, iaitu terjemahan kontekstual. Selain itu, satu strategi baharu telah ditemukan, iaitu strategi pengulangan. Hasil analisis cara penggunaan strategi pula menunjukkan para pendebat menggunakan strategi dalam tiga (3) proses yang berbeza, iaitu semasa penyediaan teks, penyampaian hujah, serta ketika menjawab celahan. Strategi bertutur telah digunakan sebagai persediaan untuk menyusun idea sebelum perlawanan bermula. Apabila berada di pentas debat, strategi bertutur digunakan untuk melancarkan bahasa, menerangkan maksud, menarik perhatian, melakukan perpindahan kepada hujah seterusnya, dan juga sebagai tempoh singkat untuk merehatkan minda. Strategi bertutur juga digunakan apabila berhadapan dengan masalah kekurangan kosa kata atau mesej yang kurang difahami. Kesemua strategi ini digunakan untuk menyampaikan hujah dengan penuh yakin, tanpa rasa tergugat sekalipun menghadapi kekurangan daripada diri sendiri dan juga gangguan oleh pihak lawan.