Pembangunan model rekabentuk kebolehgunaan untuk aplikasi mudah alih dalam latihan ketenteraan

Kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan model kebolehgunaan yang ada tidak memfokuskan model dalam latihan ketenteraan. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti atribut-atribut kebolehgunaan untuk aplikasi mudah alih dalam latihan ketenteraan. Enam atribut telah dikenalpasti dalam membina cadangan mode...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulhikmi, bin Zali
Format: Thesis
Language:Malay
Malay
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/157/1/PEMBANGUNAN%20MODEL%20REKABENTUK%20%2825%20Pages%29.pdf
http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/157/2/PEMBANGUNAN%20MODEL%20REKABENTUK%20%28Full%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan model kebolehgunaan yang ada tidak memfokuskan model dalam latihan ketenteraan. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti atribut-atribut kebolehgunaan untuk aplikasi mudah alih dalam latihan ketenteraan. Enam atribut telah dikenalpasti dalam membina cadangan model kebolehgunaan iaitu keberkesanan, kecekapan, kepuasan pengguna, kebolehpelajari, kesederhanaan dan ralat pengguna. Tiga ratus tujuh orang pelajar Semester 1 daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diambil sebagai responden dengan menjawab soal selidik yang telah dibina. Hasil analisis korelasi dan regresi berganda, kajian ini menunjukkan hanya tiga atribut yang signifikan iaitu keberkesanan dengan sumbangan signifikan sebanyak 31.4%, diikuti oleh kebolehpelajari dengan sumbangan signifikan sebanyak 21.5% dan 13.3% daripada kepuasan pengguna. Hasil kajian ini telah dapat memberi impak yang positif kepada pihak berkepentingan dalam bidang aplikasi mudah alih terutama untuk membina satu aplikasi baru bagi tujuan latihan ketenteraan.