Modul latihan Pegawai Kadet Tentera Laut berdasarkan domain psikomotor dan afektif menggunakan simulator
Domain psikomotor dan afektif didapati tidak diterapkan dengan berkesan dalam program Sarjana Muda Teknologi Maritim jika dibandingkan dengan domain kognitif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul latihan pegawai kadet tentera laut berdasarkan domain psikomotor dan afektif dengan me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay Malay |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/485/1/MODUL%20LATIHAN%20PEGAWAI%20%2825p%29.pdf http://ir.upnm.edu.my/id/eprint/485/2/MODUL%20LATIHAN%20PEGAWAI%20%28Full%29.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Domain psikomotor dan afektif didapati tidak diterapkan dengan berkesan dalam program Sarjana Muda Teknologi Maritim jika dibandingkan dengan domain kognitif. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul latihan pegawai kadet tentera laut berdasarkan domain psikomotor dan afektif dengan menggunakan simulator. Pernyataan masalah kajian dibuat dengan menganalisis jurang kompetensi pegawai kadet yang menjalani latihan industri di kapal Tentera Laut Diraja Malaysia. Masalah yang dihadapi oleh pegawai kadet meliputi kelemahan kompetensi asas tentera laut dan kemahiran insaniah yang boleh diatasi melalui Modul Latihan Psikomotor dan Afektif Sains Navigasi (LAKSANA). Modul LAKSANA telah dibangunkan berdasarkan reka bentuk instruksional Model ADDIE (Analysis, Design, Develop, Implementation and Evaluation) dan Prinsip Constructive Alignment menggunakan Simulator Pandu Arah. Modul LAKSANA mengamalkan Teori Behaviorisme dan Konstruktivisme melalui latihan berpusatkan pelajar bagi membentuk karakter pegawai kadet berdasarkan Taksonomi Bloom. Bagi mengenal pasti kesan Modul LAKSANA terhadap domain psikomotor dan afektif pegawai kadet, penyelidik menggunakan kaedah kuasi-eksperimental melalui ujian-t sebelum dan selepas pegawai kadet menjalani latihan. Data kuantitatif telah dikumpulkan melalui 38 orang pegawai kadet yang telah menjalani modul ini selama 14 minggu. Analisis kuantitatif mendapati Modul LAKSANA telah berjaya membuktikan kesan yang tinggi bagi menerapkan domain psikomotor dan afektif bagi mengatasi kompetensi dan kemahiran insaniah pegawai kadet. Di samping itu, data kualitatif yang dianalisis daripada maklum balas pegawai kanan tentera laut, pensyarah teknologi maritim dan pegawai kadet juga menyokong keberkesanan Modul LAKSANA. Dapatan kajian ini telah menghasilkan pembangunan modul latihan yang berkesan, pembangunan modal insan untuk tentera laut dan mewujudkan mekanisme penilaian domain psikomotor dan afektif untuk menilai prestasi pegawai kadet tentera laut. |
---|