Penterjemahan dalam media audiovisual-televisyen : satu analisis mesej [TR886.7. H356 2004 f rb]

Tesis ini mengkaji pemindahan bahasa bagi elemen verbal peranti linguistik dalam wacana : kohesi dan koheren dalam dialog program televisyen (TV), pemindahan bahasa elemen parabahasa dan mengenalpasti strategi penghasilan sari kata. Ia juga mengkaji sejauhmanakah output sari kata ini mempengaruhi...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Che Omar, Hasuria
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2004
主题:
在线阅读:http://eprints.usm.my/1978/1/SENARAI_KANDUNGAN.pdf
http://eprints.usm.my/1978/3/BAB_1__24_.pdf
http://eprints.usm.my/1978/4/Abstrak.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tesis ini mengkaji pemindahan bahasa bagi elemen verbal peranti linguistik dalam wacana : kohesi dan koheren dalam dialog program televisyen (TV), pemindahan bahasa elemen parabahasa dan mengenalpasti strategi penghasilan sari kata. Ia juga mengkaji sejauhmanakah output sari kata ini mempengaruhi pemahaman penontonnya? Pendekatan semantik dan komunikatif merupakan elemen utama yang digunakan dalam kajian ini. Kerangka analisis yang digunakan termasuklah teori wacana : peranti linguistik kohesi dan koheren, teori parabahasa, teori audiovisual, teori budaya-media dan teori penterjemahan. Analisis memusatkan kepada sari kata dalam bahasa Malaysia (BM) dan membandingkannya dengan teks sumber dalam bahasa Inggeris (BI). Domain penggunaan bahasa juga turut dianalisis. Sampel kajian ini terdiri daripada 1943 dialog yang diperoleh daripada lima program televisyen yang ditayangkan oleh NTV7 dan TV3. Kajian dibuat dalam dua peringkat. Yang pertama ialah analisis deskriptif bagi elemen verbal leksis dan elemen parabahasa. Kedua-duanya dikaji dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada strategi terjemahan yang digunakan. Dikaji juga sejauhmanakah dan bagaimanakah penterjemahan mempengaruhi kualiti output sari kata? Yang kedua ialah analisis untuk melihat keberkesanan tindakan penterjemahan yang mementingkan audiens sasaran. Soal selidik telah diedarkan kepada seratus sepuluh (110) responden untuk mendapatkan maklum balas tentang penerimaan dan pemahaman mereka terhadap sari kata yang terdapat dalam program televisyen yang dipilih.