Kesan Pendekatan Persidangan Terhadap Pembelajaran Penulisan Sebagai Kemahiran Komunikatif Pada Peringkat Sekolah Rendah Di Indonesia

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan persidangan terhadap pembelajaran penulisan karangan pemujukan dan penerangan Bahasa Indonesia dari perspektif komunikatif bagi murid darjah enam sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan sampel kajian seramai 112 murid, terd...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hartati, Tatat
格式: Thesis
語言:English
出版: 2009
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/29652/1/kesan_pendekatan_persidangan_24pg.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan persidangan terhadap pembelajaran penulisan karangan pemujukan dan penerangan Bahasa Indonesia dari perspektif komunikatif bagi murid darjah enam sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dengan sampel kajian seramai 112 murid, terdiri daripada 50 murid sebagai kumpulan rawatan dan 62 murid kumpulan kawalan dari 2 buah sekolah rendah di Provinsi (Negeri) Jawa Barat, Indonesia. Pelaksanaan kajian meliputi empat tahap, iaitu praujian, proses pembelajaran di dalam kelas, pascaujian I dan pascaujian II. Sampel karangan praujian dan pascaujian diperiksa dengan menggunakan Skema Analisis Karangan Jenis Pemujukan dan Skema Analisis Karangan Jenis Penerangan (Hashim, 2005). Bagi karangan jenis pemujukan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan persidangan memberikan kesan yang signifikan dan kuat terhadap perbezaan skor pencapaian murid dalam setiap komponen kemahiran komunikatif, iaitu sosiolinguistik, tatabahasa dan wacana.