Properties Of Particleboard Made From Treated Oil Palm Trunk Particles

Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan-kesan pra-rawatan partikel ke atas sifat-sifat bod partikel yang dihasilkan daripada batang kelapa sawit dengan menilai sifat-sifat fizikal, mekanikal, dan ketahanan biologi. Sembilan jenis bod partikel daripada batang kelapa sawit yang dihasilkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jumhuri, Nadiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31831/1/NADIAH_BINTI_JUMHURI_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan-kesan pra-rawatan partikel ke atas sifat-sifat bod partikel yang dihasilkan daripada batang kelapa sawit dengan menilai sifat-sifat fizikal, mekanikal, dan ketahanan biologi. Sembilan jenis bod partikel daripada batang kelapa sawit yang dihasilkan daripada pra-rawatan yang berlainan (tidak terawat, air panas, NaOH) dengan kadar penambahan bahan pengawet yang berlainan (0.06% dan 0.1%) dengan ketumpatan 0.65 g/cm3, dimampatkan pada suhu 150°C selama 10 minit. Urea formaldehid (UF) telah digunakan sebagai pengikat. Kekuatan lenturan, kekuatan ikatan dalaman, pembengkakan ketebalan, penyerapan air, pereputan kulat, kerosakan anai-anai, dan penanaman dalam tanah kepada bod partikel telah dianalisa. Fourier Transform Infrared (FT-IR) spektroskopi telah digunakan untuk mengesan kehadiran kumpulan berfungsi yang terdapat dalam bod partikel yang dihasilkan. Penguraian dan prestasi haba kepada bod telah dinilai menggunakan Termogravimetri Analisis (TGA). This study was conducted to examine the effects of particle pre-treatment on the properties of particleboard made from oil palm trunk particles by evaluating the physical, mechanical and biological durability properties. A total of nine types oil palm trunk particleboards were manufactured from different particles treatment (untreated, hot water and NaOH) with different preservative addition (0.06% and 0.1%) at a target density of 0.65 g/cm3, pressed at 150°C for 10 minutes. Urea formaldehyde (UF) was used as the binder. Bending strength, internal bonding (IB) strength, thickness swelling, water absorption, fungal decay, termite decay and soil burial of the particleboards were analyzed. Fourier Transform Infrared (FT-IR) spectroscopy was used to detect the presence of functional groups that exists in the manufactured particleboards. The decomposition and thermal performance of the boards were evaluated by Thermogravimetric Analysis (TGA).