Evaluation Of The Anti-Oxidant And Anti-Aging Properties Of Extracts From Four Types Of Plants

Ciri-ciri anti-penuaan ekstrak daripada empat jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza, iaitu O. stamineus, C. hirta, P. sarmentosum dan C. caudatus telah disiasat. Kaedah pengekstrakan yang mudah telah dijalankan sebelum analisis yang seterusnya. Asai DPPH menunjukkan bahawa ekstrak etanol C. hirta me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lim, Ying Yu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/31961/1/LIM_YING_YU_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ciri-ciri anti-penuaan ekstrak daripada empat jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza, iaitu O. stamineus, C. hirta, P. sarmentosum dan C. caudatus telah disiasat. Kaedah pengekstrakan yang mudah telah dijalankan sebelum analisis yang seterusnya. Asai DPPH menunjukkan bahawa ekstrak etanol C. hirta menunjukkan aktiviti memerangkap radikal yang tertinggi, dengan IC50 33.3±1.8μg/ml manakala ekstrak etanol P. sarmentosum menunjukkan aktiviti memerangkap radikal yang terendah, dengan IC50 660.4±14.4μg/ml. Toksisiti ekstrak tumbuh-tumbuhan telah diuji dengan menggunakan sel-sel fibroblast kulit manusia dewasa. O. stamineus dan C. caudatus adalah toksik kepada sel-sel pada kepekatan 100μg/ml. Kesan-kesan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan terhadap prokolagen I telah diuji dan didapati bahawa O. stamineus, C. hirta dan C. caudatus meningkatkan ekspresi PICP apabila diuji pada kepekatan 50, 100, 250 dan 500ng/ml. Untuk kesan perlindungan ekstrak tumbuhtumbuhan pada kepekatan 50, 100, 250 dan 500ng/ml terhadap dos sublethal hidrogen peroksida pada 750μg/ml, hanya 50ng/ml O. stamineus menunjukkan perlindungan terhadap tekanan oksidatif. Ekstrak tumbuh-tumbuhan telah disiasat selanjutnya dengan menggunakan C. elegans sebagai model organisma in vivo. The anti-aging properties of extracts from four different plants, namely O. stamineus, C. hirta, P. sarmentosum and C. caudatus were investigated. A simple extraction method was carried out before further analysis. DPPH assay indicated that ethanol extract of C. hirta showed the highest radical scavenging activities, with IC50 of 33.3 ± 1.8 μg/ml whilst ethanol extract of P. sarmentosum showed the lowest radical scavenging activities, with IC50 of 660.4 ± 14.4 μg/ml. Toxicity of plant extracts was tested on adult Human Dermal Fibroblast (HDFa). O. stamineus and C. caudatus were toxic to cells at the concentration of 100μg/ml. The effects of the plant extracts on Type I pro-collagen production were tested and it was found that O. stamineus, C. hirta and C. caudatus accelerated PICP expressions when tested at the concentrations of 50, 100, 250 and 500ng/ml. For the cytoprotection effects of plant extracts at the concentrations of 50, 100, 250 and 500ng/ml towards the sub-lethal dose of hydrogen peroxide at 750μg/ml, only 50ng/ml of O. stamineus showed protection against the oxidative stress. Plant extracts were further investigated by using C. elegans as the model in vivo organism.