Ciri-Ciri Psikometrik ‟Malaysian University Selection Inventory” (Munsyi) Menggunakan Model Pengukuran Rasch

Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik ujian kemasukan ke universiti berkepentingan tinggi yang dikenali sebagai “Malaysian University Selection Inventory” (MUnSyI) dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. MUnSyI merupakan satu kaedah penyaringan terbaharu yang mengaplikasikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Ruhaibah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32037/1/Ruhaibah_Hassan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik ujian kemasukan ke universiti berkepentingan tinggi yang dikenali sebagai “Malaysian University Selection Inventory” (MUnSyI) dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. MUnSyI merupakan satu kaedah penyaringan terbaharu yang mengaplikasikan konsep psikologi dan psikometrik berdasarkan Teori Ujian Klasik, diperkenalkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dengan matlamat untuk menyaring calon yang layak dan sesuai untuk program pengajian peringkat ijazah. MUnSyI menggunakan 310 item dikotomus bagi mengukur empat kualiti intrinsik calon pelajar iaitu Minat Kerjaya, Personaliti, Kecerdasan Emosi, dan Integriti. Kajian kuantitatif yang menggunakan data sekunder yang dikumpulkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan USM, dianalisis menggunakan Winsteps versi 3.71.0.1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa item yang mengukur 30 trait calon pelajar USM memperlihatkan hierarki dan sasaran kebolehan yang tersebar luas serta kewujudan lompang item terutamanya pada responden kebolehan tertinggi dan terendah yang ekstrem. The purpose of this study is to validate the psychometrics characteristics of the Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) as a high-stakes university admission test using the Rasch Measurement Model. The MUnSyI is a new selection process which utilized on well-established psychological and psychometric principles based on Classical Test Theory, was introduced into Universiti Sains Malaysia (USM), in its goal of selecting better qualified and more suitable candidates for entering undergraduate programs. The MUnSyI is a 310-item designed to capture 4 intrinsic qualities i.e., Personality, Career Interest, Integrity and Emotional Quotient. Data were secondary data sources collected by Majlis Peperiksaan Malaysia and USM and analyzed using Winsteps version 3.71.0.1. Research finding revealed that items from the 30 subscales represented a broad range of abilities, with major exception being a lack of items at the lower and upper extremes of the subscales.