Lum Temengor Forest Complex: A Multi-Stakeholder Perspective

Kajian ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekopelancongan di Hutan Belum Temengor Complex (BTFC) di utara Perak, berdasarkan perspektif lima pihak berkepentingan. Lima pihak berkepentingan yang dikenalpasti adalah masyarakat pribumi tempatan (orang asli), pelancong, pihak berkuasa kerajaan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Azreen Rozainee
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32127/1/AZREEN_ROZAINEE_BINTI_ABDULLAH_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan kepada pembangunan ekopelancongan di Hutan Belum Temengor Complex (BTFC) di utara Perak, berdasarkan perspektif lima pihak berkepentingan. Lima pihak berkepentingan yang dikenalpasti adalah masyarakat pribumi tempatan (orang asli), pelancong, pihak berkuasa kerajaan dan badan pengurusan, badan bukan kerajaan serta operator pelancongan dan perniagaan. Kaedah campuran, dengan menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif, telah digunakan untuk mencapai objektif kajian. Untuk kaedah kualitatif, temu bual mendalam semi struktur digunakan untuk menemuduga komuniti orang asli, sementara temu bual individu penting dilakukan ke atas pegawai pihak berkuasa kerajaan dan badan pengurusan, pengurus badan bukan kerajaan serta operator pelancongan dan perniagaan. Bagi kaedah kuantitatif, borang soal selidik diberikan kepada pelancong dan kemudian dikutip. Konsep ekopelancongan dan teori pihak berkepentingan menjadi kerangka teori dan konseptual bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti ekopelancongan hanya memberikan sedikit perhatian kepada impak terhadap alam sekitar terutamanya pembuangan sampah di merata-rata tempat dan pelepasan sisa kumbahan tidak terawat ke dalam tasik. Program ekopelancongan yang ditawarkan juga tidak mengintegrasikan sepenuhnya pendidikan kesedaran alam sekitar ke atas pelancong. This study is focused on ecotourism development in Belum Temengor Forest Complex (BTFC) in northern Perak state, based on the perspectives of five groups of stakeholders. The five groups of stakeholders identified are the local indigenous community, tourists, governmental and management authorities, NGOs, and tour and business operators. A mixed method, using both quantitative and qualitative methods, was used to achieve the objectives of the study. For the qualitative methods, semi-structured in-depth interview was used to interview the indigenous community, while key informants interview was carried out on governmental and management authorities, NGOs and tour and business operators. In quantitative method, questionnaire was distributed to the tourists and subsequently collected. The concepts of ecotourism and stakeholder theory set the theoretical and conceptual context of the study. The findings revealed that ecotourism activities pay little concern on environmental impacts especially on littering and wastewater treatment. Ecotourism tours also do not fully integrate environmental awareness education in their programmes.