Pulsed Magnetic Stimulation In The Treatment Of Stress Urinary Incontinence In Female Subjects

Stimulasi magnetik terdenyut (PMS) telah digunakan sebagai pilihan rawatan tanpa bedah untuk menangani masalah inkontinens urinari jenis stres (SUI) sejak tahun 1999 disebabkan faktor keselamatan, tidak invasif, dan prosedur rawatan yang mudah. Namun demikian, 'Fifth International Consultati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lim, Renly
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32191/1/LIM_RENLY_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stimulasi magnetik terdenyut (PMS) telah digunakan sebagai pilihan rawatan tanpa bedah untuk menangani masalah inkontinens urinari jenis stres (SUI) sejak tahun 1999 disebabkan faktor keselamatan, tidak invasif, dan prosedur rawatan yang mudah. Namun demikian, 'Fifth International Consultation on Incontinence' menekankan bahawa bukti kajian yang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk membimbing sebarang cadangan tentang penggunaannya untuk menangani masalah inkontinens urinari, dan kajian klinikal terkawal yang berkualiti tinggi adalah diperlukan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan menilai keberkesanan PMS untuk rawatan masalah inkontinens urinari. Sebelum kajian di atas dilaksanakan, kajian sistematik telah dijalankan untuk menilai bukti PMS yang sedia ada dalam rawatan pesakit yang didiagnosis mengalami masalah inkontinens urinari. Hasil kajian menunjukkan bahawa PMS mengurangkan simptom masalah inkontinens urinari dalam kalangan wanita untuk jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, tanpa kajian klinikal berkualiti tinggi, kesesuaian PMS sebagai pilihan rawatan untuk menangani masalah inkontinens urinari masih diragui. Oleh itu, protokol kajian klinikal yang berkualiti tinggi direka untuk menangani batasan-batasan yang diperhatikan. Pulsed magnetic stimulation (PMS) has been used as a non-surgical option for stress urinary incontinence (SUI) since 1999 due to its established safety, noninvasiveness and simplicity of treatment procedures. However, the Fifth International Consultation on Incontinence (ICI) emphasised that the current evidence is insufficient to guide any recommendation on its use for urinary incontinence, and that well-powered randomised controlled trials are needed. Hence, the present study aimed to evaluate the efficacy of PMS for SUI in a randomized, double-blind, shamcontrolled trial. Prior to the above study, a systematic review was conducted to appraise existing evidence on PMS for patients with urinary incontinence. The results showed that PMS provided short-term improvement for incontinence symptoms in women. However, in the absence of high quality trials, the applicability of PMS as a treatment option for urinary incontinence remained uncertain. Thus, a high-quality clinical trial protocol was designed to address the key limitations noted.