Ideological Construction Of An Indigenous Community: The Orang Asli As Portrayed In The Star Newspaper

Kajian ini bertumpu kepada pemaparan kaum Orang Asli dalam akhbar The Star, dan khususnya, konstruksi kaum tersebut apabila dianalisis daripada perspektif analisis wacana kritis. Kajian ini mengadaptasi Teori Makrostruktur Semantik dan Teori Ideologi seperti yang diperkenalkan oleh van Dijk berse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamal, Marlina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32197/1/MARLINA_JAMAL_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertumpu kepada pemaparan kaum Orang Asli dalam akhbar The Star, dan khususnya, konstruksi kaum tersebut apabila dianalisis daripada perspektif analisis wacana kritis. Kajian ini mengadaptasi Teori Makrostruktur Semantik dan Teori Ideologi seperti yang diperkenalkan oleh van Dijk berserta integrasi Kaedah Linguistik Berfungsi oleh Halliday. Skop kajian bertumpu kepada dua aspek iaitu analisis elemen makro (struktur tematik) dan mikro (struktur leksis, sintaktik, retorik dan tansitiviti). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam pemaparan kumpulan ‘sendiri’ apabila dibandingkan dengan kumpulan yang ‘lain’. Didapati bahawa pemaparan kumpulan ‘sendiri’ amat positif manakala kumpulan ‘lain’ dipaparkan secara negatif. Beberapa tema yang digunakan untuk menerangkan Orang Asli telah dikenalpasti, misalnya pemaparan kaum tersebut sebagai selalu bergantung terhadap orang lain, mundur dan tradisional. Struktur-struktur leksis negatif telah digunakan bagi memaparkan kaum Orang Asli dan struktur sintaksis seperti ayat deklarasi digunakan secara berkesan bagi memperkukuhkan idea negatif tentang kaum tersebut. Pemaparan yang memihak pada kumpulan ‘sendiri’ dan menunjukkan kumpulan ‘lain’ secara negatif dilakukan dengan penggunaan struktur retorik seperti hiperbola dan pengulangan leksis. This study examines the portrayal of the Orang Asli in The Star newspaper from a critical discourse analysis perspective. It mainly utilises van Dijk’s Theory of Semantic Macrostructure, van Dijk’s Theory of Ideology and Halliday’s Systemic Functional Linguistics. The projection of the community is inspected through the analysis of macro (thematic structure), micro elements (lexical, syntactic and rhetorical structures) and transitivity structures. Findings revealed that there is a misalignment of the polarization of ‘self’ versus ‘other’ whereby the overall depiction tended to construct the ‘self’ positively, while the ‘other’ had its image and perspective being projected in an unfavourable manner. Several themes were identified in the analysis such as the portrayal of the Orang Asli community as being dependent, under-developed and traditional. Negative lexical items were tactically used to describe the community and syntactic structures, such as declarative sentences were aptly inserted to validate negative notions reported about the community. Several ideas glorifying the ‘self’ group members and degrading the ‘other’ were done by using rhetorical elements such as hyperboles and lexical repetitions.