Use Of Lucilia Cuprina Wiedemann (1830) Larvae For Detection Of Heroin Metabolites And Identification Of Host Dna

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan larva peringkat 3 Lucilia cuprina Wiedemann (1830) dalam analisis toksikologi untuk mengesan metabolit heroin dengan menggunakan aplikasi GCMS dan dalam analisis molekul dengan menggunakan Cytochrome b gen (mtDNA) untuk mengenalpasti jujukan DNA dagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Nooratiny
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32231/1/NOORATINY_ISHAK_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan larva peringkat 3 Lucilia cuprina Wiedemann (1830) dalam analisis toksikologi untuk mengesan metabolit heroin dengan menggunakan aplikasi GCMS dan dalam analisis molekul dengan menggunakan Cytochrome b gen (mtDNA) untuk mengenalpasti jujukan DNA daging kerbau cincang (yang telah digunakan sebagai bahan eksperimen dalam kajian ini) tanpa heroin. Kajian yang dilakukan juga menyiasat kesan heroin kepada tempoh kitaran hidup Lucilia cuprina. Selepas itu kaedah yang dibangunkan ini digunakan dalam kes-kes forensik untuk mengkaji keberkesanan kaedah tersebut dalam mengendalikan kes-kes forensik manusia dan haiwan. Analisis toksikologi yang dilakukan ke atas larva peringkat 3 telah memberi keputusan morfin, iaitu metabolit heroin. Heroin yang telah dicampurkan bersama dengan daging kerbau cincang (Bubalus bubalis, Linnaeus, 1758) di dalam kepekatan yang berbeza telah mempercepatkan pertumbuhan larva L. cuprina berbanding dengan larva pada daging kerbau cincang tanpa heroin yang mempunyai pertumbuhan yang lebih panjang. Analisis molekul yang dijalankan pada sistem usus larva peringkat 3, berjaya mengamplifikasi jujukan DNA daging kerbau cincang iaitu Bubalus bubalis. This study investigates the capability of 3rd instar larvae of Lucilia cuprina Wiedemann (1830) in toxicology analysis to detect the heroin metabolites by using GCMS application and in molecular analysis by utilizing the Cytochrome b gene (mtDNA) for precise identification of minced buffalo meat (which had been used as experimental materials in this study) in the absence of heroin. The study conducted also investigates the effect of heroin on the Lucilia cuprina duration of life cycle. Then the developed method was applied in exact forensic cases to examine the effectiveness of the developed method in handling both human and animal forensic cases. The toxicology analysis conducted on the 3rd instar larval crop was successfully detecting a metabolite of heroin, such as morphine. The heroin that was mixed with the minced buffalo (Bubalus bubalis, Linnaeus, 1758) meat in different concentrations, accelerated the duration of life cycle of L. cuprina larvae compared to the larvae that were collected from the minced buffalo meat without heroin, which had a longer life cycle. The molecular analysis conducted on 3rd instar larval crop, succesfully amplify desired results of minced buffalo meat (with heroin) DNA sequence, which is Bubalus bubalis.