Anti-Mycobacterial Activity Of Labisia Pumila Benth. & Hook. F. And Its Bioactive Constituents Against Surrogate Tuberculosis Organisms

Kemunculan strain tuberkulosis (TB) rintang pelbagai drug menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jangkitan TB secara global. Oleh yang demikian, keperluan yang mendesak bagi drug anti-TB yang efektif, selamat dan murah telah mendorong banyak kajian dijalankan terhadap produk semu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaludin, Nur Liyana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32240/1/NUR_LIYANA_JAMALUDIN_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemunculan strain tuberkulosis (TB) rintang pelbagai drug menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jangkitan TB secara global. Oleh yang demikian, keperluan yang mendesak bagi drug anti-TB yang efektif, selamat dan murah telah mendorong banyak kajian dijalankan terhadap produk semulajadi termasuk tumbuhan. Bahagian daripada Labisia pumila telah dikaji untuk mengenal pasti potensi anti-mikobakterianya terhadap organisma pengganti Mycobacterium tuberculosis (M. smegmatis, M. fortuitum dan M. kansasii) menggunakan asai pencairanmikro tetrazolium. Bahagian paling aktif telah dihasilkan oleh n-heksana batang-akar dan daun terhadap M. kansasii dengan kepekatan perencat minima (MIC) 50 - 200 μg/mL. Bahagian ini telah dipilih untuk proses fraksinasi berpandukan bioasai menggunakan teknik kromatografi turus yang telah menghasilkan 20 jenis fraksi yang berbeza. Fraksi ini telah diuji terhadap M. kansasii dan fraksi R2, R6 dan L7 telah mempamerkan aktiviti paling memberangsangkan (MIC: 25 - 50 μg/mL). Ujian saringan lanjutan terhadap fraksi aktif ini telah dijalankan terhadap strain M. tuberculosis H37Ra dan nilai MIC yang dihasilkan masing – masing adalah 12.5, 50 dan 100 μg/mL. The development of multidrug resistant tuberculosis (TB) strains becomes a major factor contributing to the rise of global TB incidence. Therefore, the urgent need of effective, safe and inexpensive anti-TB drugs has geared many researches towards natural products including plants. Partitions from Labisia pumila were investigated to evaluate their anti-mycobacterial potential against Mycobacterium tuberculosis surrogate organisms (M. smegmatis, M. fortuitum, and M. kansasii) using tetrazolium microdilution assay. The most active partitions were produced by n-hexane of stem-root and leaf parts against M. kansasii with minimum inhibitory concentrations (MICs) of 50 - 200 μg/mL. These partitions were selected for bioassay guided fractionation process using column chromatographic techniques, which produced 20 different fractions. These fractions were screened against M. kansasii and fractions R2, R6, and L7 exhibited the most promising activity (MIC: 25 – 50 μg/mL). Further screening of these active fractions was carried out against M. tuberculosis H37Ra strain and the MIC values produced were 12.5, 50 and 100, μg/mL, respectively.