Isolation, Identification And Pcr Detection Of Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus (Mrsa) In Cow Milk Samples From Perak

Staphylococci mengkoloni haiwan dan manusia dan keadaan ini biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa jenis Staphylococcus yang mempunyai keupayaan untuk menyebabkan penyakit. Kaedah konvensional yang diguna pakai sekarang iaitu berdasarkan ujian biokimia untuk mengenalpasti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anamalai, Sanggari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/32252/1/SANGGARI_ANAMALAI_24%28NN%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Staphylococci mengkoloni haiwan dan manusia dan keadaan ini biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa jenis Staphylococcus yang mempunyai keupayaan untuk menyebabkan penyakit. Kaedah konvensional yang diguna pakai sekarang iaitu berdasarkan ujian biokimia untuk mengenalpasti staphylococci mengambil masa yang lama. Tambahan pula, kit yang diguna pakai sekarang tidak dapat mengenalpasti perbezaan antara Staphylococcus koagulasenegatif (CoNS). Sebagai alternatif, kaedah PCR amat berguna untuk mengenal pasti strain patogen Staphylococcus. Dalam kajian ini sampel Staphylococcus telah diasingkan daripada susu lembu dan dicirikan berdasarkan kaedah fenotipik. Sebanyak dua ratus dua puluh lima pencilan dipencil dari empat pusat pengumpulan iaitu Taiping, Tapah, Parit dan Sungai Siput telah diuji. Strain S. aureus telah diuji berdasarkan hemolisis beta, pewarnaan Gram, ujian koagulase, ujian katalase, ujian gula mannitol dan ujian gula maltosa. Sampel yang positif diuji dengan ujian rintangan terhadap kesan antibiotik dengan menggunakan 1μg cakera oksasillin. Keputusan ujian rintangan terhadap kesan antibiotik mengesahkan bahawa 19 pencilan S. aureus (12.41%) telah didapati menunjukkan ciri-ciri rintangan terhadap ancaman antibiotik (MRSA), manakala 1 pencilan (0.65%) menunjukkan rintangan pertengahan dan 133 (86.93%) sensitif terhadap kesan ancaman antibiotik (MSSA). Staphylococci colonize a diverse range of animals and human and this association is normally harmless. Some strains of Staphylococcus have increased ability to cause disease. Biochemical tests used to identify staphylococci are lengthy. Furthermore, commercially available panels do not allow a reliable distinction between different coagulase-negative staphylococci (CNS). As an alternative, the development of a PCR based technique will be useful to identify pathogenic strains of Staphylococcus. In this study Staphylococcus samples were isolated from cow milk and characterized using phenotypical methods. Two hundred and twenty five isolates identified from four different collection centers in Taiping, Tapah, Parit and Sungai Siput were tested. S. aureus strains were characterized by beta hemolysis, Gram stain, coagulase test, catalase test, mannitol fermentation and maltose fermentation. The positive samples were further investigated by antibiotic susceptibility test by using 1μg oxacillin disc. Result of antibiotic susceptibility test confirmed that 19 S.aureus isolates (12.41%) were found to be methicillin resistant S. aureus (MRSA), while 1 isolate (0.65%) showed intermediate resistance and 133 (86.93%) as methicillin sensitive S. aureus (MSSA).