Fungsi-fungsi pekerja asuhan di rumah kanak-kanak di Pulau Pinang

Keluarga adalah satu unit sosial yang paling asas dalam kehidupan kanak-kanak kerana keluarga membantu kanak-kanak memenuhi keperluan mereka dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek. Namun begitu, keluarga kanak-kanak yang menghadapi masalah kemiskinan, penganiayaan dan ketiadaan pengasuh utama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan , Kien Hooi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/35933/1/TAN_KIEN_HOOI_%28KHK%29_%28NN24%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keluarga adalah satu unit sosial yang paling asas dalam kehidupan kanak-kanak kerana keluarga membantu kanak-kanak memenuhi keperluan mereka dari segi fizikal, emosi, sosial dan intelek. Namun begitu, keluarga kanak-kanak yang menghadapi masalah kemiskinan, penganiayaan dan ketiadaan pengasuh utama tidak dapat memainkan peranan itu dengan berkesan dan memerlukan bantuan daripada institusi sosial yang lain. Rumah kanak-kanak merupakan sejenis institusi yang dapat mengambil alih tanggungjawab keluarga untuk sementara waktu. Di rumah kanak-kanak, pekerja asuhan melaksanakan fungsi-fungsi tertentu untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluan mereka. Namun begitu, di Malaysia, profesion ini masih tidak diberi perhatian dari segi kelayakan, garis panduan dan kajian. Sejauh mana pekerja asuhan melaksanakan fungsi mereka masih menjadi satu isu yang tidak jelas. Kajian ini bertujuan untuk meninjau fungsi dan masalah pekerja asuhan berdasarkan jadual waktu yang ditentukan oleh pihak pentadbiran di rumah kanak-kanak. Seramai 13 orang pekerja asuhan dari 5 buah rumah kanak-kanak telah ditemu bual. The family is the most basic unit in a child's life because it helps them to fulfil their physical, social, emotional and intellectual needs. However, families with problems of poverty, child abuse or absence of a caregiver are not able to play the role effectively. It needs help from other social institutions. In this regard, children's home is one of the social institutions that can take over the responsibilities of the family for a temporary period. At the children's home, child care workers carry out functions which can help children to fulfil their needs for development. In Malaysia, however, this profession is not given full attention. There are no practice guidelines, qualification eligibility nor research conducted. The extent to which the care workers can carry out their functions effectively still remains unclear. This study was aimed at exploring functions and problems of the care workers based on the timetable set by the management. Thirteen care workers from five different children's homes in Penang were invited to participate in this study. Data were collected through interview with care workers.