Influence of Enhanced Bioretention Media and Tropical Shrub on Nutrient Removal for Urban Runoff In Mixed Development Area
Input nutrien daripada aliran air bandar terutamanya nitrogen (N) dan fosforus (P), merupakan masalah utama dalam perlindungan ekosistem akuatik. Kajian makmal ini bertujuan menyiasat penambahbaikan sistem bioretention untuk mengetahui prestasi dan mengoptimumkan komposisi bahan tambahan dalam me...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/40810/1/Influence_of_Enhanced_Bioretention_Media_and_Tropical_Shrub_on_Nutrient_Removal_for_Urban_Runoff_In_Mixed_Development_Area.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Input nutrien daripada aliran air bandar terutamanya nitrogen (N) dan fosforus (P),
merupakan masalah utama dalam perlindungan ekosistem akuatik. Kajian makmal ini
bertujuan menyiasat penambahbaikan sistem bioretention untuk mengetahui prestasi
dan mengoptimumkan komposisi bahan tambahan dalam media bioretention bagi
menyingkirkan nutrien, dan menyiasat potensi fitopemulihan Hibiscus rosa-sinensis
(bunga raya) dalam sistem bioretention melalui kajian tanah dan tumbuhan. Kajian ini
dijalankan dalam dua peringkat. Pada Peringkat 1, kajian dilakukan dengan
mengubahsuai media bioretention dengan 10% (mengikut isi padu) bahan tambahan
dari pelbagai bahan-bahan buangan (kulit kerang, akhbar, kertas bercetak, sabut
kelapa, dan remah tayar) dan ditanam dengan Hibiscus rosa-sinensis. Hasilnya, media
yang diubahsuai dengan hirisan akhbar (NP) menunjukkan jumlah penyingkiran
pepejal terampai (TSS) tertinggi (98.4%), berbanding dengan media bioretention
standard (STD, 85.4%), dan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
penyingkiran jumlah nitrogen (TN, 80.4%), berbanding dengan STD (57.5%) apabila
disiram dengan air larian sebenar. Medium yang diubahsuai dengan hancuran kulit
kerang (CS) menunjukkan jumlah penyingkiran fosforus (TP) yang paling tinggi
(93.3%), berbanding dengan STD (84.8%), dan media ini juga menunjukkan
pertumbuhan pokok yang lebih baik, berbanding dengan media lain. Oleh itu, NP dan
CS telah dipilih untuk kajian di Peringkat 2, dan tiga jenis komposisi media (komposit
jenis media A, B dan C, CS sebagai lapisan atas dan NP sebagai lapisan bawah, dengan
kedalaman yang berbeza) telah direka. Hasilnya, media komposit mencatatkan
penyingkiran TSS, TN dan TP sehingga 99.4%, 87.6% dan 96.8%, menandakan
bahawa CS dengan ketebalan minimum 300mm dari lapisan atas tanah menggalakkan
pertumbuhan pokok dan NP dengan ketebalan minimum 300mm dari lapisan bawah
tanah menyediakan zon anaerobik (dibentuk oleh poket mikro daripada akhbar) untuk
denitrifikasi. Pengiraan Indeks Kualiti Air (WQI) menunjukkan bahawa media
komposit meningkatkan kualiti air dari Kelas V ke Kelas II, dan kekonduksian
hidraulik untuk semua jenis media berada dalam julat yang disyorkan. Kajian ke atas
pokok menunjukkan bahawa sistem akar yang tebal dan kadar pertumbuhan pesat
pokok renek tropika terbukti memberikan sumbangan terhadap penyingkiran TN, dan
kandungan tinggi TN dalam daun boleh disingkirkan daripada sistem dengan
pencantasan semasa penyelenggaraan. Dua persamaan linear regresi telah diperoleh
bagi menggambarkan hubungan antara penyingkiran jisim nitrogen (NMR),
pengurangan kepekatan nutrien, kadar pertumbuhan pokok dan penggunaan bahan
tambahan. Kesimpulannya, berdasarkan kajian ini, kulit kerang dan akhbar berpotensi
menjadi bahan tambahan, dan Hibiscus rosa-sinensis disyorkan untuk meningkatkan
sistem bioretention dalam rawatan air larian, terutamanya air larian yang kaya dengan
nutrien dari kawasan pembangunan bercampur.
________________________________________________________________________________________________________________________
Nutrient input from urban runoff, especially nitrogen (N) and phosphorus (P), are
primary concern for the protection of aquatic ecosystems. This laboratory study
investigated the enhanced bioretention system with the objectives to investigate and
optimize the performance of additives in bioretention media for nutrient removal, and
to elucidate the phytoremediation potential of Hibiscus rosa-sinensis in bioretention
system through soil and plant study. The study was conducted in two stages. In stage
1 test, bioretention media was enhanced with 10% (by volume) additives from various
waste materials (cockle shell, newspaper, printed paper, coconut husk and tyre crumb)
and planted with Hibiscus rosa-sinensis. It was found that the media enhanced with
shredded newspaper (NP) performed the best in total suspended solids (TSS) removal
(98.4%), as compared to standard bioretention media (STD) (85.4%), and
demonstrated a significant improvement in total nitrogen (TN) removal (80.4%), as
compared to STD (57.5%), when dosed with actual runoff. Media enhanced with
crushed cockle shell (CS) showed the highest total phosphorus (TP) removal (93.3%),
as compared to STD (84.8%), and reflected better plant growth among the media.
Therefore, NP and CS were shortlisted for stage 2 experiment, and three types of media
compositions (composite media type A, B and C, with different depth of CS on top
and NP at bottom) were designed. As a result, composite media recorded TSS, TN and
TP removal up to 99.4%, 87.6% and 96.8% respectively, which indicated that CS with
minimum thickness of 300mm from the top of soil promotes better plant growth and
NP with minimum thickness of 300mm from bottom of soil could provide anoxic zone
(created by micro pockets formed by newspaper) for denitrification. Water Quality
Index (WQI) calculation showed that composite media improved the water quality
from Class V to Class II, and the hydraulic conductivity of all types of media fell within
recommended range of various bioretention manuals. Study on plant indicated that the
thick root system and rapid growth rate of the tropical shrub was proven contributed
to TN removal, and high TN content in leaves could be removed from the system by
pruning during maintenance. Two linear regression equations were derived to describe
the relationship between nitrogen mass removal (NMR), and nutrient concentration
reduction, plant growth and use of additives. This study concluded that cockle shell
and shredded newspaper can be potential additives and Hibiscus rosa-sinensis is
recommended to enhance bioretention system in treating.
|
---|