Penggunaan Persamaan Pembezaan Separa Untuk Menjana Reka Bentuk Permukaan

Persamaan pembezaan separa (PPS) telah meluas digunakan dalam bidang komputer grafik, reka bentuk berbantu komputer (RBK) dan reka bentuk geometri berbantu komputer (RGBK) untuk aplikasi pemodelan geometri seperti reka bentuk permukaan, penjanaan semula reka bentuk dan animasi. Jadi, untuk menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Shahrul Nizam
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/41238/1/Shahrul_Nizam_Bin_Ishak-shahfiq.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persamaan pembezaan separa (PPS) telah meluas digunakan dalam bidang komputer grafik, reka bentuk berbantu komputer (RBK) dan reka bentuk geometri berbantu komputer (RGBK) untuk aplikasi pemodelan geometri seperti reka bentuk permukaan, penjanaan semula reka bentuk dan animasi. Jadi, untuk menggunakan sepenuhnya kelebi- han yang terdapat pada PPS tersebut, tesis ini mengemukakan pendekatan inovatif bagi penjanaan reka bentuk permukaan menggunakan persamaan pembezaan separa. Secara metematiknya, penjanaan permukaan dilihat sebagai masalah nilai sempadan yang mana maklumat digunakan untuk menentukan suatu reka bentuk permukaan yang ditakrifkan disepanjang hujung lengkungnya. Pereka menentukan reka bentuk permukaan dan kaedah PPS yang akan menghasilkan janaan permukaan tersebut.