Perencatan Kakisan Kuprum Oleh Tanin Bakau (Rhizophora Apiculata) Dalam Pelbagai Larutan Agresif Melalui Kaedah Elektrokimia

Tanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaeda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shah, Affaizza Mohamad
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/41341/1/AFFAIZA_MOHAMAD_SHAH.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tanin bakau (TB) daripada kulit kayu bakau telah diekstrak menggunakan 70 % aseton. TB tersebut kemudian telah diuji potensinya sebagai perencat kakisan kuprum dalam pelbagai larutan agresif melalui kaedah elektrokimia dan dibandingkan dengan kaedah pengukuran gravimetri konvensional. Daripada kaedah pengukuran gravimetri dalam larutan berasid (HCl dan H2SO4), didapati kecekapan perencatan (IE) bagi kakisan kuprum meningkat dengan peningkatan kepekatan TB. Pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan kehadiran TB dalam larutan berasid dan garam (NaCl dan Na2SO4) memberi kesan yang lebih kepada tindak balas katod dengan plot Tafel menunjukkan penurunan ketumpatan arus pada bahagian katod keluk.