Kesan Nisbah Protein : Lipid Dan Asid Lemak W3 : W6 Di Dalam Diet Ke Atas Prestasi Tumbesaran Dan Penggunaan Nutrisi Dalam Anak Ikan Baung, Mystus Nemurus

Dua kajian telah dijalankan untuk menentukan paras kombinasi protein : lipid dan kesan manipulasi nisbah asid lemak ω3 : ω6 dalam pemakanan anak ikan baung, Mystus nemurus. Dalam Eksperimen I, lapan diet berisonitrogen dan isokalori dengan dua paras protein (35% dan 40%) dan empat paras lipid (5%, 1...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nain, Nor Afini Mat
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/41930/1/Nor_Afni_bt_Mat_Nain_HJ.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dua kajian telah dijalankan untuk menentukan paras kombinasi protein : lipid dan kesan manipulasi nisbah asid lemak ω3 : ω6 dalam pemakanan anak ikan baung, Mystus nemurus. Dalam Eksperimen I, lapan diet berisonitrogen dan isokalori dengan dua paras protein (35% dan 40%) dan empat paras lipid (5%, 10%, 15% dan 20%) telah dirumus dan setiap diet yang diuji dikodkan sebagai 35P:5L, 35P:10L, 35P:15L, 35P:20L, 40P:5L, 40P:10L, 40P:15L dan 40P:20L. Keputusan menunjukkan bahawa paras protein dalam pemakanan mempengaruhi kadar tumbesaran relatif (RGR) dan kadar tumbesaran spesifik (SGR) anak ikan baung secara signifikan (P<0.05). Bagi nilai FCR, tiada perbezaan signifikan (P>0.05) dicatatkan, tetapi dengan peningkatan paras lipid, nilai FCR bertambah baik pada paras protein yang rendah (35%). Secara keseluruhannya, tiada interaksi yang dicatatkan antara pemakanan protein dan lipid terhadap kadar pertumbuhan dan penyimpanan protein. Walau bagaimanapun, Diet 35P:20L (Diet D) telah menunjukkan kadar tumbesaran yang maksimum dan berbeza secara signifikan (P<0.05) dengan diet-diet lain kecuali diet 35P:15L (Diet C). Oleh sebab itu, wujud kesan simpanan protein pada anak baung yang mana spesies ini boleh menggunakan lipid dengan baik pada paras protein yang rendah (35%). Eksperimen II merupakan lanjutan kepada Eksperimen I di mana paras diet yang diuji mengandungi nisbah protein : lipid sebanyak 35P:15L tetapi berbeza daripada segi nisbah asid lemak ω3:ω6 bagi menentukan keperluan nisbah ω3 dan ω6 untuk anak baung.