Pandangan Dunia Kualiti Hidup Komuniti Bidayuh Di Daerah Serian, Sarawak

Ketidakberkesanan sesuatu program pembangunan untuk meningkatkan kualiti hidup sesebuah komuniti pribumi seringkali dikaitkan dengan sikap kumpulan perencana yang gagal memahami kehendak dan aspirasi kehidupan kumpulan sasaran serta realiti dunia sosial mereka. Oleh sebab itu, objektif kajian ini ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lyndon, Novel
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/42241/1/NOVEL_LYNDON.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidakberkesanan sesuatu program pembangunan untuk meningkatkan kualiti hidup sesebuah komuniti pribumi seringkali dikaitkan dengan sikap kumpulan perencana yang gagal memahami kehendak dan aspirasi kehidupan kumpulan sasaran serta realiti dunia sosial mereka. Oleh sebab itu, objektif kajian ini ialah untuk memahami pandangan dunia komuniti Bidayuh tentang kualiti hidup. Kajian ini telah menggunakan pendekatan fenomenologi menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Serian, Sarawak dan merupakan salah satu daripada empat daerah yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Populasi kajian ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu: i) komuniti Bidayuh yang tinggal di kawasan berhampiran bandar; dan ii) komuniti Bidayuh yang tinggal di kawasan luar bandar.