Peranan Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan Dan Pengkomersilan Di Universiti Sains Malaysia Terhadap Penjanaan Pengetahuan Dan Inovasi Dalam Pembangunan Bandar

Inovasi dan ilmu pengetahuan adalah merupakan pemacu dalam pembangunan bandar masa kini. Sebagai prasyarat, suatu ekosistem inovasi berkesan diperlukan dalam menjayakan proses penghasilan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan disokong oleh hubung jalin yang bercorak simbiosis antara IPT-In...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanafi, Nurhazliyana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/42253/1/NURHAZLIYANA_HANAFI.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Inovasi dan ilmu pengetahuan adalah merupakan pemacu dalam pembangunan bandar masa kini. Sebagai prasyarat, suatu ekosistem inovasi berkesan diperlukan dalam menjayakan proses penghasilan inovasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan disokong oleh hubung jalin yang bercorak simbiosis antara IPT-Industri-Pemerintah seperti yang berlaku di negara maju. Penyelidikan ini membincangkan tentang peranan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam penghasilan idea, penjanaan ilmu pengetahuan dan produk baru melalui aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Objektif kajian ialah (i) untuk mengenal pasti aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, (ii) untuk menilai proses penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan yang dijalankan dalam menghasilkan produk dan ilmu pengetahuan baru untuk dipasarkan, (iii) untuk menilai masalah yang wujud dan (iv) mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dalam proses penghasilan inovasi dan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengkomersilan hasil penyelidikan di USM.