Skema Berangka Untuk Masalah Goursat

Masalah Goursat merupakan masalah matematik yang melibatkan persamaan pembezaan separa yang mempunyai terbitan bercampur. la ditemui di dalam banyak bidang sains dan teknologi. Beberapa kajian berangka khususnya kaedah beza terhingga telah dilakukan dari pelbagai sudut oleh penyelidik terdahul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasir, Mohd Agos Salim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43021/1/Mohd_Agos_Salim_Bin_Nasir24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah Goursat merupakan masalah matematik yang melibatkan persamaan pembezaan separa yang mempunyai terbitan bercampur. la ditemui di dalam banyak bidang sains dan teknologi. Beberapa kajian berangka khususnya kaedah beza terhingga telah dilakukan dari pelbagai sudut oleh penyelidik terdahulu berkaitan dengan masalah ini. Di antara skema yang telah dibangunkan terdapat skema yang mengimplimentasi pengiraan menggunakan min harmonik nilai fungsi untuk menyelesaikan masalah Goursat dan keputusan daripada suatu kajian perbandingan yang telah dijalankan mendapati peningkatan tahap kejituan apabila pengiraan menggunakan min harmonik berbanding min geometrik dan min aritmetik. Justeru itu kajian tersebut menegaskan bahawa tahap kejituan sesuatu skema dipengaruhi sesuatu min yang dipilih. Walaubagaimanapun kajian lain telah menunjukkan secara berangka penggunaan rnin aritmetik memberikan penyelesaian lebih jitu berbanding min harmonik.